“Sentiasalah Minta Keredaan Dari Allah,” – Anak Raih 6A SPM, Kuna Muzani Syukur Nikmat

Share

Pelakon Kuna Muzani syukur nikmat apabila anak gadisnya, Nur Elysha berjaya memperolehi keputusan yang baik dalam Sijil Peperiksaan Malaysia yang didudukinya.

Berkongsi berita gembira itu menerusi Instagram, Kuna turut menitipkan doa yang baik-baik buat Elysha.

“Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT. Tahniah @elyshamuzani4 dapat 6A. Umi doakn Elysha berjaya di dunia dan akhirat. Sentiasalah minta keredhan dari Allah ya.

“Lepas ni you akan bergelar pelajar bukan lagi murid sekolah hehehe. Buat yang terbaik ya. Thank you so much Elysha. Love you,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Seiring dengan perkongsian yang dibuat, peminat dan rakan artis turut memberikan dedikasi ucapan tahniah atas kejayaan yang dikecapi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

 

IKLAN