“Sentiasa Hidup Yang Bahagia Bersama Anakku Nabila Hingga Ke Jannah,” – Doa Amy Search Buat Menantu

Share

Penyanyi rock terkenal, Amy Search menitip ucapan istimewa buat menantunya, Mohd Izwan Johar iaitu suami kepada Nabila Huda.

Kongsi vokalis kumpulan Serach itu, setiap perkara yang dilaluinya merupakan momen yang tidak dapat dilupakan.

Malah, dia sentiasa bersyukur akan nikmat dan kurniaan daripadaNya.

“Setiap moment itu punyai kenangan yg tersendiri dan bisa buat kita tersenyum. Apa lagi waktu itu tidak bisa di beli. Sentiasa bersyukur dan tentu ada bnyk lagi keindahan mendatang.

“Papa, mommy, Xander, Sania dn Qaqa ucapkan Happy birthday menantu ku Bert.

“Kita org doakn moga di limpahi rezki yg luas lgi berkat dan kesihatan yg berpanjangan.

“Sentiasa hidup yg bahgia bersama anak ku Nabila hingga ke jannah. Moga Allah kurniakan segala yg Bert inginkan dan Moga Allah sentiasa bless famili kita. Papa, momy dan adik2 love korang semua smpai jannah.

“AmeenYRA. Happy birthday!!!,” tulisnya sambil diseratakan foto kemesraan yang terjalin antara bapa dengan menantu yang sedang duduk santai.

Lalu, Bert telah memberikan respon terhadap perkongsian bapa mertuanya itu.

Malah, netizen turut menitip ucapan hari jadi kepada suami Nabila.

Imbas kembali, Izwan dan Nabila bernikah pada Disember 2015 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Terdahulu, Nabila pernah mendirikan rumah tangga dengan Zaidi Zailani pada 2008 dan bercerai pada 2011. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak perempuan, Keisha Laila,9 tahun.

Foto : Instagram Amy Search, Izwan

IKLAN