“Sentiasa bersyukur. Alhamdulilah,” – Sheila Rusly Kini Bergelar Nenek, Elisya Selamat Bersalin Baby Girl

Share

Tahniah diucapkan buat pelakon Elisya Sandha yang juga isteri kepada anak pengarah Sheila Rusly, Uzair Haqimy yang telah selamat bersalin bayi perempuan di sebuah hospital swasta, pagi tadi.

Sheila memaklumkan mengenai perkhabaran gembira tersebut Instagram menerusi satu kapsyen ringkas bermakna.

“Sentiasa bersyukur. Alhamdulilah,” ucapnya.

Menerusi perkongsian, Sheila turut memuat naik video suntingan tangan bayi, dipercayai cucu sulungnya.

Bagaimanapun hasil tinjauan menerusi media sosial Elisya dan suami, masing-masing masih belum mendedahkan mengenai perkara itu.

Untuk rekod, Elisya yang juga adik kepada Fasha Sandha dan Uzair Haqimy atau lebih dikenali sebagai Haq mendirikan rumah tangga pada Ogos tahun lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

 

 

IKLAN