“Sengal Betul Kakak Ni…,” – Gara-Gara Jadi Hos MeleTOP, Netizen ‘Gelak Tak Henti’ Penangan Elly Mazlein!

Share

Elly Mazlein telah dipanggil bagi menjadi hos bersama Nabil Ahmad bagi MeleTOP menggantikan Neelofa malam tadi.

Lalu awal malam tadi, penyanyi yang sinonim menerusi lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan itu turut memuat naik sekeping fotonya di set rancangan hiburan berkenaan.

“Alhamdulillah, selesai sudah, terima kasih semua,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen pula, rata-rata netizen memuji kebolehan Elly, malah ramai juga yang terhibur dengan ibu tunggal beranak satu ini.

Pada masa sama, ramai juga yang mengakui ketawa dari awal hingga habis program gara-gara gelagat penyanyi dan pelakon itu.

MeleTOP bersiaran setiap Selasa jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Foto: Instagram Elly Mazlein

 

IKLAN