“Senang Nak Cari Rezeki Sebab Mamy Tolong Tengokkan Anak,” – Mawar Rashid Mahu Jadi Seperti Ibu, Sentiasa Bantu Mudahkan Urusan Orang

Share

Bersempena dengan ulang tahun kelahiran ibu tercinta, pelakon dan usahawan Mawar Rashid ada menitipkan ucapan istimewa menerusi satu entri yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.

Di samping itu, Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid memberitahu, wanita berkenaan banyak menghulurkan bantuan untuk memudahkan tugas hariannya sebagai seorang wanita yang berkerjaya.

Lalu, Mawar menzahirkan ucapan terima kasih atas pengorbanan ibunya serta mendoakan agar diberikan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur.

Selain itu, pelakon berusia 25 tahun ini turut berhasrat mahu memiliki keperibadian seperti ibunya yang sentiasa menghulurkan bantuan kepada anak dan cucu.

“Happy birthday my queen Thank you mamy banyak tolong mudahkan urusan adik.. Adik pun senang nk g keluar g cari rezeki sbb mamy tolong tengokkan anak2 adik skali.

“mamy tolong semua anak2 cucu yang lain.. Nanti adik tua, adik nak jadi macam mamy, mudahkan urusan anak2 cucu adik jugak. You are the best mamy.. thank you for everything. I love you so much.

“Semoga abai sentiasa sihat dan ditambahkan umur. Aminnn,” tulisnya.

Sekadar informasi, Mawar mendirikan rumah tangga bersama Raf Yaakob pada tanggal 9 November 2017 dan dikurniakan sepasang permata hati iaitu Raden Muhammad Rafael, yang kini berusia 2 tahun dan Raden Seri Rossabella Cinta, 10 bulan.

Foto: Instagram Mawar Rashid

IKLAN