Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali mendedahkan dia terpaksa akur akan nasihat yang diberikan oleh pihak doktor yang menyarankan dirinya untuk berehat buat sementara waktu daripada segala aktiviti yang melibat suaranya.
Bagaimanapun, Nabila menjelaskan dia tetap harus mencari jalan atau alternatif lain agar dia tidak hilang punca pendapatan.
“Doktor minta saya berehat seberapa lama yang boleh sampailah keadaan tekak tu kembali kepada asal. Doktor kata penyakit ni tiada tempoh yang spesifik bila boleh sembuh. Kalau saya rehat dan jaga betul-betul InsyaAllah akan baik cepat.
“Perkara ini terpulang kepada saya juga, memandangkan kita dalam situasi yang tiada event dan show, saya kena cari jalan sendiri untuk cari punca pendapatan.
“Saya cuba seimbangkan segalanya saya boleh kerja tapi pada masa sama saya kena juga rehat,” katanya kepada MH.
Nabila berkata sedemikan sewaktu di temui pada sidang media jenama minuman Yogurt Probiotic BeFine yang berlangsung di Flora Terrace, Kuala Lumpur pada Rabu.
Pada majlis tersebut, penyanyi lagu Peluang Kedua ini telah diperkenalkan sebagai duta produk minuman dari Jepun itu.
Langsung ditanya adakah dia akan membuat persembahan pada konsert minggu ke-3 semifinal Muzik-Muzik 35, Nabila menjelaskan segalanya bergantung kepada keadaan semasa.
“Kalau mengikut perancangan sekarang, bukan sayalah yang akan menyanyi. Tapi mana tahu mungkin 14 hari bulan nanti saya dah sihat. Kita tak tahu orang punya doa. Tiba-tiba saya sihat pula. Nyanyi sedap pula tu.
“Saya tak berani nak bagi apa-apa kata putus lagi. Buat masa sekarang untuk semifinal saya bagi tanggungjawab besar tu kepada orang lain.
“Apa yang pasti, saya yakin dia akan bawakan lagu tu dengan baik. InsyaAllah,” katanya lagi.
Terdahulu minuman Yogurt Probiotic BeFine didatangkan dalam lima perisa unik iaitu BeFine Plain Yogurt Drink, BeFine Passion Fruit Yogurt Drink, BeFine Mulberry Yogurt Drink, BeFine Strawberry Yogurt Drink dan BeFine Kiwi Avocado Yogurt Drink.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Afif Tirmizie kini tampil dengan lagu terbaru yang berjudul Maaf yang menjadi perantara dalam meneruskan legasinya dalam industri seni tempatan.
Untuk pengetahuan, Maaf menjadi runut bunyi dalam drama Perempuan Tanpa Dosa arahan Michael Ang dan bagaikan dengan plot cerita drama itu sendiri, begitulah corak penyampaian penyanyi berusia 34 tahun ini dalam lagu ini yang menyentuh soal kemaafan.
Berbekalkan lirik penuh emosi, mesej yang ingin disampaikan adalah mengenai setiap manusia biasa pasti melakukan kesilapan. Bezanya, adakah kita sang pendosa sedia untuk meminta keampunan dari lubuk hati?
“Cerita dalam Maaf adalah berkenaan situasi tengah seseorang yang bersalah, tengah berdosa, tak kisah kepada siapa, kepada kekasih, isteri, ibu bapa, atau orang tersayang.
“Tapi daripada perspektif saya, si lelaki meminta maaf kepada kekasihnya disebabkan sudah berulang kali melakukan kesilapan.
“Mesej yang ingin saya sampaikan adalah sesetengah orang sukar untuk mengucap kata maaf meskipun memang tahu dirinya bersalah. Tapi dalam apa jua keadaan, sebaiknya mohonlah kemaafan itu untuk berbaik.
“Setiap manusia melakukan kesilapan tapi minta-maaflah bagi menjernihkan sesuatu perhubungan,” katanya.
Menyentuh proses pembikinan lagu ini pula, Afif mengakui kekangan terbesar datang dalam segi masa selepas produksi drama terbabit menghubunginya.
Bagaimanapun, dia bersyukur kerana hasil akhirnya dapat disiapkan pada tahap yang memuaskan.
“Lirik dan lagu saya hasilkan sendiri, idea dan inspirasinya tercetus selepas saya melihat satu kejadian depan mata yang tular. Proses menghasilkannya tidaklah lama.
“Kamal Adli bertanya ada tak lagu yang boleh diguna pakai untuk drama Perempuan Tanpa Dosa, kemudian saya siapkannya dalam masa lima hari.
“Bahagian paling susah tentu sekali masa yang diberikan kepada saya amat singkat. Tapi Alhamdulillah, urusan itu dipermudahkan dengan bantuan pasukan saya, Payung dan Pedang, kami bertungkus lumus untuk siapkan lagu dari petang sampai ke pagi di studio.
“Selepas hantar demo, risau juga kalau tidak menepati permintaan pihak produksi, mujur mereka suka,” katanya lagi.
Afif mula mencipta nama selepas menyertai program realiti, Akademi Fantasia (AF) musim kesembilan selain pernah menyertai Mystarz LG di TV3.
Selain aktif dalam penulisan lagu, penyanyi berusia 34 tahun ini juga pernah menganggotai kumpulan The Fabulous Cats dan Nukilan dan pernah tampil dengan lagu Sendiri bersama Kmy Kmo.
Lagu Maaf sudah boleh dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX, KKBox, Spotify, Youtube & Youtube Music.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel meluahkan rasa terharu selepas mengetahui namanya tersenarai di dalam carta lima artis tempatan paling popular di platform penstreaman, Sportify hasil pilihan pendengar.
Menurut Naim, dia berasa sangat bersyukur kerana dapat duduk sebaris dengan para artis ‘A-List’ negara meskipun satu ketika dahulu kerjaya nyanyiannya hanya bermula di aplikasi Soundcloud.
“Naim, kau dari Soundcloud weh. Jangan lupa. To be alongside with bunch of the A – Listers musicians in Malaysia as one of the Top 5, and to share the same spot as @theweeknd , indeed, god is great.
“Akhirnya nanti, hasil kerja kau yang akan bercakap untuk kau dan yang akan menjadi legasi.
“Terima kasih kepada para pendengar sekalian,” katanya.
Menerusi entri yang dimuat naik di ruangan Instagram, nama Naim berada di tangga ke lima di belakang YonnyBoii, Faizal Tahir dan K-Clique.
Manakala, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tetap unggul di posisi teratas.
Jelas pemenang Anugerah Juara Lagu ke-34 ini lagi, segala usaha dan penat lelahnya selama ini sudah mula membuahkan hasil dan dia sebolehnya mahu karyanya dikenang sampai bila-bila.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menitip ucapan tahniah selain turut menyifatkan dia sememangnya layak untuk mendapat pengiktirafan tersebut.
Terdahulu, pelakon, Drama Lelaki Lingkungan Cinta itu telah pun melancarkan single terbarunya yang berjudul Purnama.
Baru empat hari ia dimuat naik, muzik video lagu berkenaan telah pun meraih hampir 1,000,000 tontonan di laman Youtube.
Sumber: Instagram Naim Daniel
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Guru Matematik yang mencuri perhatian di media sosial, Sir Race tampil dengan kejutan istimewa sempena Aidilfitri tahun ini apabila melancarkan lagu raya, Bah Selamat...