“Semuanya Datang Daripada Allah,” – Sazali Samad Syukur Terharu, Anak Cemerlang Raih 9A SPM

Share

Anak lelaki bekas jaguh bina badan negara, Sazali Samad iaitu Hisyamuddin berjaya memperolehi keputusan cemerlang 9A menerusi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang didudukinya tahun lalu.

Berita gembira itu dimaklumkan Sazali menerusi Instagram bersama video momen pengumuman yang dibuat pihak sekolah.

Meluahkan rasa syukur, Sazali akui tidak percaya kerana hasil usaha anaknya itu membuahkan hasil yang boleh dibanggakan.

“Tahniah anakku Hisyamuddin @hisyapaes macam tak percaya keputusan dapat 9A, spm 2021. Sesungguhnya semuanya datang daripada Allah.

“Berkat, kesabaran belajar kat rumah musim PKP  membuahkan hasil yang cemerlang buat Hisyam. Syukur pada Allah atas keizinanNya.

“Ayah, mak dan family semua cukup bangga dengan Hisyam. Tahniah juga buat pelajar-pelajar yang lain.

Terima kasih buat guru-guru yang sabar mendidik anak-anak sepanjang Pdpr,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Perkongsian berkenaan turut mendapat perhatian dan ada yang turut meninggalkan ucapan tahniah pada ruangan komen hantaran berkenaan.

Malah, Sazali turut memuat naik video temu bualnya bersama sebuah stesen radio, berkongsi kisah sama di Instagram.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

 

IKLAN