Anggota kumpulan Senario, Hamdan Ramli terpaksa ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru sekitar jam 6.00 petang, pada Ahad akibat jangkitan kuman dalam darah.
Bagaimanapun, anaknya iaitu Muhamad Syazreen Haqem, 24, tidak meyangka apabila bapanya perlu diidurkan susulan dia tidak pernah mengalami penyakit kronik sebelum ini.
Lapor Harian Metro, Syazreen yang juga anak ketiga pelawak itu berkata, bapanya juga hanya tersenyum apabila doktor memaklumkan dia akan ditidurkan.
“Doktor juga meminta saya ajar babah (panggilan untuk bapa) mengucap dua kalimah syahadah,” katanya.
Tambah Syazreen, sebelum itu bapanya ada mengalami sesak nafas dan memerlukan bantuan oksigen.
Ads
“Kami berada di Johor Bahru kerana babah terbabit dengan program bersama kumpulan Senario yang sepatutnya berlangsung malam ini.
“Semuanya bermula apabila babah mengadu demam dan mengalami cirit-birit sejak semalam dan kami sangkakan dia mengalami keracunan makanan.
“Namun, selepas dibawa ke hospital, babah mengalami sesak nafas dan doktor beritahu ada jangkitan kuman dalam darahnya hingga terpaksa ditidurkan,” katanya.
Ads
Mengulas keadaan bapanya, kata Haqem, dia juga membuat panggilan video bersama ahli keluarga dan anggota Senario untuk memaklumkan keadaan bapanya sebelum ditidurkan.
Dia dan keluarga bagaimanapun lega apabila doktor beritahu keadaan bapanya stabil ketika ini.
“Kami juga tidak tahu berapa lama babah akan ditahan di ICU dan ditidurkan.
Ads
“Justeru, kami sekeluarga memohon orang ramai termasuk rakan artis yang mengenali babah untuk sama-sama mendoakannya sembuh dengan segera,” katanya lagi.
Terdahulu, Hamdan berada di Johor Bahru sejak semalam kerana terbabit dengan program bersama kumpulan Senario iaitu Wonderful Night with Senariounion, malam ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sebentar tadi, akaun Instagram program berita nombor satu negara, Buletin TV3 mengumumkan mereka bakal mengundang semula penyampai-penyampai berita lagenda tanah air untuk kembali bersiaran bermula 26 Mei hingga 1 Jun ini.
Menerusi kenyataan yang dikongsikan itu, kesemua nama-nama besar ini dijemput semula sebagai penyampai berita bagi menjayakan sebuah projek istimewa bersempena ulang tahun TV3 yang ke-38.
“Penyampai berita legenda akan kembali bersiaran dalam Buletin Utama, setiap hari dari 26 Mei sehingga 1 Jun 2022 sempena Ulang Tahun TV3 ke-38.
“Nantikan kemunculan mereka!,” tulis pengendali akaun tersebut.
Antara wajah-wajah penyampai berita yang dikongsikan di dalam poster adalah seperti Zakiah Anas, Fuad Abdul Rahman, Zainal Ariffin, Nurfarahin Jamsari, Azmi Aziz, Ezzah Aziz Fawzy dan Azura Karim.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa teruja selain turut mengimbau kembali momen-momen sewaktu zaman kegemilangan penyampai-peyampai berita ini
“Lagenda TV3. Membesar dengan diorang ni.
“Menggamit kenangan zaman 90-an.
“Rindu nak dengar lunak suara mereka.
“Semua best. Sebab hari-hari abah dok tengok Buletin Utama TV3.
“Wah, tak sabar nak tengok ni. Membesar dengan tengok berita dari mereka semua. Love sangat.
“Welcome back senior,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Sekadar informasi, stesen televisyen, TV3 bakal menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-38 pada tanggal 1 Jun ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram TV3 & Zakiah Anas
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Abu Sufyan Muhammad Mokhtar Rozaidi atau sinonim dipanggil PU Abu menafikan dirinya tidak lagi tinggal serumah dengan isteri, Hana Azraa yang baru dikahwininya.
PU Abu menyifatkan apa yang didedahkan Hana tidak benar memandangkan dia hanya ke Kuala Lumpur selama dua tiga hari atas urusan kerja.
“Kami masih suami isteri. Kami masih sebumbung dan saya datang ke Kuala Lumpur atas urusan kerja dan anak.
“Dakwaan Hana itu tidak benar kerana saya baru saja ke sini dua tiga hari,” katanya seperti yang dipetik MHE TV.
Terdahulu, penceramah bebas itu menjelaskan dakwaan isterinya itu sebagaimana yang dilaporkan yang mendakwa mereka sedang dalam proses perceraian.
Di samping itu, Hana Azraa seperti yang dipetik turut mendakwa suaminya itu tidak lagi di Kedah bagi menetap di Kuala Lumpur.
Sumber: MHE
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Allahyarham Ashraf Sinclair berhajat untuk menunaikan umrah bersama isteri, Bunga Citra Lestari dan anak Noah Sinclair dalam tempoh terdekat.
Namun, semuanya tidak kesampaian apabila Ashraf menghembuskan nafas terakhir pada 18 Februari lalu akibat serangan jantung.
Perkara itu dikongsikan Ustaz Samsul Maarif yang merupakan sahabat Allahyarham.
Malah, Samsul berkesempatan untuk menziarahi pusara Allahyarham, memandangkan dia baru sahaja pulang dari menunaikan umrah.
“Hubungan kami sangat baik dan harmoni. Kami sudah berkawan sejak tiga tahun lalu.
“Kali terakhir kami berbual adalah ketika itu saya berada di Madinah.
“Ketika itu (pada bulan Ramadan 2019), Ashraf ada berhajat untuk membawa Bunga dan Noah menunaikan umrah bersama,” kata Samsul menerusi video KH Infotainment.
VIDEO
Terdahulu, arwah yang berusia 40 tahun meninggal dunia akibat serangan jantung.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat, Indonesia.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Bunga Citra Lestari dan anak lelaki, Noah Aidan Sinclair yang berusia 10 tahun.
Video : KH Infotainment
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara Hawa Ridzwana terkilan apabila ada pihak yang merendahkan-rendahkan mereka yang menyambung pengajian dalam bidang komunikasi dan seni persembahan di Institusi Pengajian Tinggi.