“Semuanya Berjalan Lancar,” – Syazwan Zulkifly Kini Sah Bergelar Tunangan Orang

Share

Pelakon versatil, Syazwan Zulkifly selamat bertunang dengan wanita pilihannya, Sya Zulkifli pada Sabtu.

Difahamkan, majlis yang dilakukan secara tertutup itu telah dilangsungkan di Taiping, Perak.

Serentak dengan itu, keduanya turut memaklumkan berita gembira itu menerusi media sosial masing-masing.

“Ini semalam punya cerita. Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar,” tulis Syazwan di Instagram.

Malah, si tunangan turut memuat naik beberapa keping foto sekitar majlis.

“One step closer. Alhamdulillah,” maklum Sya pula.

Sedondon mengenakan persalinan polos putih, tahniah dari MH buat kalian.

Foto: Instagram Syazwan Zulkifly, Sya Zulkifly

IKLAN