“Semua Yang Berlaku Adalah Kebaikan Kita Bersama,” – PKPB Dikuatkuasa, Datin Fouziah Gous Batalkan Percutian

Share

Tidak dinafikan, ramai yang terpaksa ubah kembali perancangan selepas pihak kerajaan melaksanakan kembali Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya bermula hari ini.

Pelakon dan usahawan, Datin Fouziah Gous misalnya ada memberitahu sebelum ini dia sudah mempunyai perancangan untuk bercuti.

Bagaimanapun, Fouziah atau nama sebenarnya Nor Fouziah Mohd Gous terpaksa membatalkan hasrat tersebut kerana perlaksanaan PKPB selain mendoakan apa yang berlaku adalah demi kebaikan bersama.

“Flight cancel ke hari ni #pkpb? Cuba mengaku siapa yang sudah plan holiday tapi terpaksa cancel semua.

“Semoga dapat refund balik ye semua. Alhamdulillah semua yg berlaku adalah untuk kebaikan kita bersama,” tulisnya.

Untuk rekod, Fouziah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Mohd. Zafran Md Yusof pada 21 September 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Foto : Instagram Fouziah Gous

IKLAN