“Semua Urusan Sudah Pun Selesai Dengan Aman,” – Datin Seri Zizie Izette Anak-Beranak Jalani Kuarantin Di Sabah

Share

Pelakon Datin Seri Datin Zizie Izette memaklumkan dia kini sedang menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari di Kota Kinabalu, selepas berada di Sandakan, Sabah.

Ini kerana, bintang cantik ini turut turun padang bagi memberikan sokongan terhadap suaminya yang juga ahli parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkempen menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16 (PRU Sabah) baru-baru ini.

Menerusi laman media sosial Instagram minggu lalu, Zizie menzahirkan rasa syukur kerana segala urusan sudah pun selesai.

“Bila balik dari Sandakan, kalau tak naik 2 3 kilo tu mmg tak sah!

“Semua urusan sudah pun selesai dgn aman, skrg ni kami anak beranak semua masih menetap di Kota Kinabalu. Quarantine di rumah.

“Tunggu dah reda2 dulu baru lah kami balik KL. Ada siapa2 kat KK ni nak buatkan saya dessert sedap2 tak? #alangalangdahgemok #balikkldietbalik,” tulisnya.

Terdahulu, Zizie telah mendirikan rumah tangga bersama Bung Moktar pada tahun 2009 dan dikurniakan sepasang anak kembar bernama Aadam Zac Izette dan Aeleph Zeke Izette pada 29 Disember 2017.

Selepas itu, Zizie menimang cahaya mata ketiga yang diberi nama Alisa Bella Izette pada 1 Mac 2019.

Pasangan itu turut mempunyai dua anak angkat iaitu Nayla Nurjenna dan Aaric Zayn Izette.

Foto: Instagram Zizie Izette

IKLAN