Di sebalik senyuman manis dan wajah ceria yang sering dikongsikan di media sosial, pelakon Elisya Sandha membuka cerita sebenar tentang pengalaman berpantang selepas melahirkan cahaya mata kedua, Mei lalu.

Elisya atau nama penuhnya, Nur Elisya Sandha Hassan, mengakui dia melalui tempoh 44 hari yang penuh cabaran dan emosi, memandangkan luka pembedahan (Caesarean) yang belum sembuh dan mengalami jangkitan.

“Semua Serba Tak Kena,” – Bahagian C-Sect Terkena Jangkitan, Elisya Sandha Lalui 44 Hari Berpantang Penuh Ujian

“Saya tak tahu macam mana nak terangkan situasi saya ketika berpantang. Saya sebenarnya sangat sedih kerana banyak sangat hal yang berlaku.

“Saya duduk, baring, berjalan dalam keadaan tak selesa. Semua serba tak kena,” katanya.

Keadaan tersebut membuatkan dia mengalami tekanan, namun menjelang akhir tempoh berpantang, keadaannya beransur pulih.

Sokongan Suami & Keluarga Penguat Semangat

Walaupun berdepan detik mencabar, Elisya bersyukur kerana dikelilingi suami dan keluarga yang tidak pernah berhenti memberikan sokongan.

Ads

Malah kehadiran anak-anak sebagaj pelengkap keluarga turut menjadi penyembuh emosi.

“Semua Serba Tak Kena,” – Bahagian C-Sect Terkena Jangkitan, Elisya Sandha Lalui 44 Hari Berpantang Penuh Ujian

“Saya dapat sistem sokongan yang baik daripada suami dan keluarga. Bila tengok anak-anak, perasaan itu akan jadi gembira. Hilang semua rasa sakit itu,” katanya lagi.

Malah, ibu mentuanya juga memainkan peranan penting dalam memastikan Elisya mendapat pemakanan yang cukup sepanjang berpantang.

Ads

Namun begitu, Elisya memilih untuk tidak membebankan ibu dan mentuanya dengan keadaan sebenar kesakitan yang dialami.

“Semua Serba Tak Kena,” – Bahagian C-Sect Terkena Jangkitan, Elisya Sandha Lalui 44 Hari Berpantang Penuh Ujian

“Saya memilih untuk tidak berkongsi hal-hal seperti ini kepada ibu atau ibu mentua saya. Walaupun saya sakit, saya tak nak mereka risau.

Ads

“Cuma suami yang tahu keadaan saya. Hari-hari tengok muka saya, dia tahu saya tak okay,” ujarnya yang kini muncul dengan filem terbaharu, Citra Apartment.

Menerusi filem genre seram thriller itu, Elisya bergandingan dengan barisan pelakon baharu, sekali gus membuka ruang untuknya terus berkembang dan mencabar diri.

“Semua Serba Tak Kena,” – Bahagian C-Sect Terkena Jangkitan, Elisya Sandha Lalui 44 Hari Berpantang Penuh Ujian

Filem itu turut dibintangi Ooi Liang Chia dan Mohd Razdan Shamsudin.

Untuk rekod, Elisya dan suaminya, Uzair Haqimy, berkahwin pada Ogos 2021 dan mereka kini dikurniakan dua anak, Bunga Elhaq dan Bahtera Elhaq.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI