“Semua Puji Hanya Pada Allah,” – King Coco Selamat Bersalin Anak Kedua & Dedah Nama Bayi Lelakinya, Tahniah!

Share

Bintang Instafamous, King Coco ada berkongsi berita gembira menerusi akun Instagram miliknya.

Coco atau nama sebenarnya Maishair Ismail telah selamat melahirkan anak keduanya pada Sabtu.

Bukan itu sahaja, Coco turut mendedahkan nama dan wajah anak keduanya bersama peminat.

“Alhamdullilah. Another hero in the family. Semua puji hanya pada Allah swt.

“#putramuhammadhaqeem #bilamasatahdianimengandung #2pushkeluar #hebatAllahswt,” tulisnya.

Terdahulu, Coco mendirikan rumah tangga bersama seorang bekas juruterbang, Azrin Anas Abdul Shukor pada 1 Januari 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata.

IKLAN