“Semua Orang Patut Dapat A+,”- Vivy Yusof Terharu Kisah Kejayaannya Diangkat Jadi Soalan STPM, Bagi Subjek…

Usahawan dan pengasas jenama Duck, Vivy Yusof meluahkan rasa terharu apabila kisahnya dijadikan soalan sempena peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bagi mata pelajaran Pengajian Am.

Menurut Vivy, dia berasa seperti bermimpi apabila kisahnya dijadikan kajian kes untuk salah sebuah peperiksaan terpenting negara.

Rasa terharu itu diluahkan oleh Vivy menerusi entri terbaru di laman Instagram miliknya.

“When you’re a case study in a national exam, you need to sit down for a while and wonder if you’re dreaming. Bet you wish you watched Love, Vivy and browsed FV website the day before.

“In all seriousness though, this is such an honour and I’m ever so grateful to be “temaning” you in your exam today. Dear examiner, I think everyone should get an A+,” tulisnya.

Tambah Vivy, dia menyifatkan perkara tersebut sebagai satu penghargaan bagi dirinya selain turut mendoakan kecemerlangan para pelajar yang menduduki peperiksaan tersebut.

Dalam pada itu, entri tersebut turut dihujani komen-komen netizen yang berterima kasih kepada Vivy kerana telah menjadi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia.

Wah, bertuahnya siapa yang menduduki kertas Pengajian Am semalam! Kalau anda mengikuti perkembangan Vivy di media sosial, sudah tentu korang tahu bagaimana nak jawab soalan tersebut kan?

Semoga berjaya diucapkan kepada semua pelajar yang menduduki peperiksaan STPM tahun ini.

Foto: Instagram Vivy Yusof

Show comments
IKLAN
Published by
Aizam Manaf