HomeBerita“Semua Orang Boleh Bagi Bantuan, Tapi Siapa Yang Dapat Memahami Kesunyian,” –...
“Semua Orang Boleh Bagi Bantuan, Tapi Siapa Yang Dapat Memahami Kesunyian,” – Kolaborasi Dengan TV3, Faizal Tahir & Faithmen Jalan Aktiviti Bantuan Secara Atas Talian
Ramadan ini, TV3 meneruskan kolaborasi dengan penyanyi, Faizal Tahir dan Faithmen atau lebih dikenali dengan gelaran #iamFaithmen yang telah menerima pengiktirafan dengan Anugerah Sukarela Terbaik oleh Jabatan Perdana Menteri untuk menjalankan aktiviti membantu secara atas talian.
Sejak penularan wabak COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), rakyat Malaysia bukan saja berhadapan dengan kekangan kewangan, malah mereka juga mengalami tekanan emosi untuk meneruskan kelangsungan hidup terutamanya golongan yang kurang upaya.
Tidak lupa juga kepada para sukarelawan yang tidak putus asa untuk terus membantu mereka yang lebih memerlukan.
Selain bantuan secara fizikal yang berbentuk barangan keperluan, TV3 dan #iamFaithmen juga memberi sokongan moral dan menyuntik semangat positif menerusi panggilan video oleh Faizal Tahir untuk melihat, mendengar dan menyelami perasaan serta emosi mereka.
Faizal Tahir berkongsi pengalaman TV3 dan #iamFaithmen melakukan kerja-kerja amal di tempoh PKP.
“Alhamdulillah, walaupun dalam keadaan PKP, ia bukan penghalang bagi kami untuk terus memberikan bantuan. Kami bersyukur kerana masih ada orang yang dapat membantu kita dari segi penghantaran barang-barang.
“Usaha ini juga dapat dilakukan dengan teknologi yang ada, tanpa teknologi, mungkin kita akan rasa susah,” katanya.
Faizal pada masa sama turut mengakui, bukan mudah untuk memahami golongan ini dari segi emosi.
Ads
“Semua orang boleh bagi bantuan, tapi siapa yang dapat memahami kesunyian. Dari segi emosi, tidak semua orang boleh bantu kerana bukan semua orang boleh berhadapan dengan tekanan PKP yang dialami oleh individu tersebut.
“Mungkin juga ada orang yang berpendapat, kita perlu hadir secara fizikal untuk memberi bantuan. Bagi saya, ia tidak perlu.
“Saya pilih untuk sentiasa berfikiran positif dan mencari jalan penyelesaian dalam membantu mereka yang memerlukan.
“Jadi, kami meneruskan inisiatif ini secara atas talian di tempoh PKP, ” jelas Faizal Tahir lagi.
Selain itu, TV3 dan #iamFaithmen juga telah membantu ibu-ibu Chow Kit dengan membelikan barangan dapur untuk mereka menyediakan juadah berbuka puasa untuk 200 orang.
Ads
Sebanyak 60 keluarga di Buku Jalanan Chow Kit juga diberikan barangan keperluan asas untuk menampung kehidupan mereka.
Tidak lupa juga kepada petugas barisan hadapan, kami akan berkongsi kisah seorang penghantar foodpanda dan penyelia stesen minyak Petronas yang komited menjalankan tugas mereka sepanjang tempoh PKP.
Selain itu, mereka juga akan cuba berusaha meringankan beban petugas barisan hadapan dengan membantu ahli keluarga mereka dalam persiapan Hari Raya Aidilfitri.
Sebanyak 4 klip video dihasilkan untuk memaparkan inisiatif amal TV3 bersama dengan #iamFaithmen.
Ads
Video-video tersebut telah disiarkan di laman media sosial Facebook dan IGTV di akaun rasmi TV3 dan video terakhir yang akan disiarkan hari ini.
Penyanyi dan pelakon, Puteri Khareeza atau nama sebenarnya, Puteri Aszfaryna Khareeza Aris mendedahkan dia mengalami keguguran cahaya mata pertama.
Perkara itu dikongsikan bintang berusia 26 tahun ini menerusi satu hantaran yang dimuat naik menerusi Insta Stories, pada Rabu.
Di dalam hantaran yang kongsikan, penyanyi lagu Duka Sebalik Tawa itu reda selain menyifatkan dia dan suami belum ada rezeki untuk menimang zuriat.
“Allah bagi rasa 8 minggu. Belum rezeki lagi. InsyaAllah, nanti,” jelasnya.
Khareeza yang juga finalis Big Stage musim kelima itu turut berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatannya.
Untuk rekod, Puteri Khareeza dan suaminya, Mohd. Shukor Khamaruddin selamat mendirikan rumah tangga pada 24 Februari lalu selepas empat bulan menyulam cinta.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Khabar sedih menyelubungi dunia seni fesyen tanah air apabila Jiman Casablancas atau nama sebenarnya Muhammad Nizam Khamis dilaporkan meinggal dunia pada malam Ahad.
Jiman yang merupakan seorang ikon fesyen, nasihat perhubungan awam dan bekas peguam bukanlah asing dalam dunia seni tempatan.
Allahyarham kerap menjadi pilihan sebagai penasihat fesyen kepada pelbagai jenama selain bekerjasama dengan selebriti popular dalam merangka stail mereka.
Rakannya yang juga pelakon terkenal, Nabila Huda berkongsi berita ini dalam satu hantaran yang dimuat naik di ruangan Insta Story miliknya.
“Dukacita dimaklumkan kita kehilangan seorang sahabat, abang dan kesayangan Mohd Nizam Khamis atau lebih dikenali sebagai Jiman Casablancas. Didoakan agar Allah mengasihani dan mengampunkan arwah dan menempatkannya di tempat terbaik di syurga.
“Semoga Allah mengurniakan ketabahan dan kekuatan kepada ahli keluarga yang kehilangan Jiman,” tulis Nabila ringkas.
Dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung, jenazahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Batu 5, Jalan Ipoh pada jam 10 pagi hari ini.
Imbas kembali, Jiman merupakan seorang graduan dari Universiti Malaya dalam jurusan undang-undang dan pernah disenaraikan sebagai 100 Individu Paling Berpengaruh di Malaysia oleh GetCraft.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat secara profesional tampil menjelaskan insiden yang terjadi antara dirinya dan pengacara Sherry Alhadad, baru-baru ini.
Semuanya bermula apabila sepotong video Ayda memperkatakan mengenai saiz kaki Sherry tular di laman sosial. Program tersebut dirakam pada suatu majlis hiburan.
Lalu, netizen mulai mengecam Ayda dan menuduh penyanyi lagu Pencuri Hati itu secara tidak langsung telah melakukan ‘body shaming’ terhadap Sherry.
Tidak melatah dengan isu berkenaan, Ayda menyatakan penjelasan ketika dihubungi MH.
“Saya terima kecaman itu dengan rasa tanggungjawab sebab saya yang melafazkan dialog tersebut.
“Sebenarnya, saya dan Sherry sudah berbincang mengenai perkara terbabit lebih awal sebelum program itu berlangsung.
“Ketika bersiaran, saya rasa semua orang tahu, perkara yang sudah kita rancang itu akan jadi terlebih atau terkurang.
“Tetapi, jika ada yang terasa hati atau terguris dengan kata-kata saya, dengan rendah hati saya memohon maaf.
“Sejujurnya, saya tidak pernah terdetik, malah jauh sekali niat saya mahu menghina sesiapa,” katanya jujur.
Pemain Video
Media error: Format(s) not supported or source(s) not found
Pelakon Sophia Albarakbah bakal bertemu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) minggu hadapan susulan laporan polis yang dibuatnya berhubung kes buli siber dan gangguan seksual, baru-baru ini.