“Semua Menantu Yang Kahwin Dengan Anak Saya…,” – Hadiah Beg LV, Ini Cara Bonda Rozita Hargai Menantu, Bertuahnya!

Share

Punya cara tersendiri untuk menghargai menantu, Bonda Rozita Ibrahim mengulas, meski tidak memiliki barangan mahal, namun dia akan pastikan setiap menantu akan dihadiahi barangan mewah.

Berkongsi di Instagram, ibu kepada Datuk Seri Aliff Syukri ini dilihat membawa pembantu mengunjungi butik jenama mewah sekitar Kuala Lumpur.

“Semua menantu yg kahwin dgn anak sy, sy akan belikan hadiah berharga walaupun sy x memilikinya , sy x perlukan semua benda2 tu

“Bagi sy bkn selalu pun.. menghargai anak muda yg menjadi ahli family baru sy..

“Hidup lebih meriah dgn anak2 menantu yg baik akan menjaga anak sy , sanar dn penuh kasih sayangnya mengambil alih tgjawab sy sebagai ibu.

“Walaupun sy x suka pakai benda berjenama.. tp sy percaya org muda menghargai luxury seperti ini..Sy senang melihat mereka memakainya kerana sy sayang anak2 sy semestinya sy akan sayang menantu sy,

” tulisnya.

Perilaku terpuji wanita yang bergelar ibu mertua ini mendapat sokongan netizen dan memberi inspirasi kepada mereka.

Foto : Instagram Rozita Ibrahim

IKLAN