Cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob berkongsi satu ciapan yang dibuat seorang individu di Twitter yang mendakwa dia seolah-olah menggunakan khidmat orang dalam atau ‘kabel’ untuk menjadi duta beberapa jenama makanan.
Penyanyi yang sinonim dengan lagu Asmara Ini memuat naik kembali ciapan tersebut di Instagram miliknya.
“Kuat betul cable chef fazley tu eh. Semua kedai tepek muka dia lol,” ciap individu berkenaan sambil turut dibalas Fazley.
Dalam pada itu, dia menerusi ruangan kapsyem hantaran terbabit memberikan respon susulan dakwaan terbabit.
Ads
Jelasnya, kejayaan yang dimilikinya hari ini adalah atas berkat doa ibu dan isteri tercinta.
“Memang kabel saya kuat! Kabel doa Ibu dan isteri sehari 5 kali yang wajib dan doa berkali-kali yang sambil-sambil masak,
“Sambil tengok Netflix, sambil kemas baju, sambil basuh pinggan. Kabel memang kuat bhai! Nak try kabel saya tak?,” tulisnya sinis.
Baru tiga hari ditayangkan, filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan telah mendapat sambuatan luar biasa daripada kalangan peminat filem tempatan sehingga berjaya meraih jumlah kutipan mencecah RM7 juta.
Bagaimanapun, sama seperti filem-filem tempatan yang lain, karya arahan sutradara tersohor, Syamsul Yusof ini juga tidak terlepas daripada kritikan segelintir penonton.
Terbaru, pelakon, Nad Zainal berpandangan, sekiranya ada yang kurang senang dengan aspek-aspek didalam filem tersebut, tidak perlulah dicanang atau disensasikan sehingga menyebabkan orang lain hilang minat untuk menonton di pawagam.
Katanya lagi, jika sambutan luar biasa ini diteruskan lagi untuk filem-filem lain, tidak mustahil industri filem tempatan akan turut sama berkembang pesat seperti negara-negara lain khususnya di rantau Asia Tenggara.
“Tolonglah sokong filem tempatan. Kalau lagi ramai yang sokong, nanti banyak lagi filem begini. Petanda yang bagus bila ramai turun tengok sokong Mat Kilau siap berbusana tradisional.
“Kalau ada yang kurang, simpan dalam hati atau cakap dengan pasangan jelah. Tak perlu nak canang satu dunia bagi orang lain turn off. Support okay,” tulisnya.
Pandangan tersebut disuarakan oleh pelakon drama Dendam Seorang Isteri itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Dalam pada itu, Nad turut mendedahkan industri filem tempatan sebenarnya mempunyai pelbagai kekangan yang membataskan para penggiat filem untuk bergerak ke tahap yang lebih tinggi.
Jelasnya lagi, kekangan tersebut sebenarnya boleh diatasi sekiranya para penonton terus menerus menyokong filem-filem tempatan sama seperti yang mereka tunjukkan di filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan.
“Macam ni, filem kita ni InsyaAllah kalau ada duit, masa untuk research dan waktu untuk pelakon berlatih, mesti lagi baik. Banyak kekangan.
“Tapi Insya Allah dengan sokongan kita semua, penggiat filem akan lebih bersemangat nak buat filem berkaitan sejarah atau berskala besar.
“Funder pun lagi ramai. Jadi, tolonglah sokonglah. Go Malaysia Go,” jelasnya lagi.
Sekadar informasi, filem sarat aksi ini dilaporkan berjaya mencipta rekod sebagai filem tempatan pertama yang mengutip RM1 juta pada hari pertama ditayangkan.
Mat Kilau kebangkitan pahlawan ini dibarisi oleh pelakon-pelakon ternama tanah air seperti Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Nad Zainal
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pelakon popular, Erra Fazira menitipkan ucapan tahniah buat penyanyi Shahir Zawawi yang bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
Shahir sebelum ini pernah dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan primadona filem Melayu itu.
Erra, 48, berkata dia turut gembira apabila mendapat tentang perkhabaran itu dan mendoakan agar ikatan perkahwinan yang bakal dibina Shahir berkekalan hingga ke jannah.
“Alhamdulillah, gembira mendengar perkhabaran tersebut. Apabila mendapat tahu yang dia mahu berkahwin, saya terus hantar mesej dan mengucapkan tahniah. Dia pun tak sorok daripada saya.
“Tambahan pula, saya rasa dia dah sangat bersedia untuk bergelar suami. Jadi, saya berharap agar perkahwinan tersebut bakal menjadi perkahwinan pertama dan terakhir buatnya, dan berkekalan hingga ke jannah,” katanya kepada MH.
Sementara itu ketika ditanya mengenai status terkininya, Erra berkata dia masih solo dan tenang menjalani kehidupan bersama anak tunggalnya, Engku Aleesya.
“Nak mencari jodoh bukannya mudah, tanya diri sendiri perlu ke jodoh… kalau jodoh membuat hidup kita tak tenang, so what’s the point?
“Setakat ini, saya okay dengan keadaan begini, lebih tenang… saya boleh lebih beri fokus terhadap kerja dan bisnes,” katanya lagi.
Erra sebelum ini pernah mendirikan dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin pada Oktober 2007 namun disahkan bercerai pada 2014.
Hasil perkahwinan, Erra dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya yang kini berusia 13 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Erra Fazira
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pengacara, Datin Lisa Surihani bersyukur apabila sentiasa menerima titipan doa yang baik-baik.
Bagaimanapun, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini mengakui dia pada masa sama rasa takut apabila menerima kata pujian berlebihan daripada orang ramai di media sosial.
Jelasnya, meski hal tersebut bersifat positif namun ia boleh melahirkan perasaan ’Sum’ah’ yang mana mungkin mampu membuatkan seseorang itu berasa mudah lupa diri.
“Sebenarnya, antara dugaan atau ujian yang kita lalui berbentuk positif. Maksud saya, bila orang mendoakan kita Alhamdulillah, kita amin kan.
“Kita pun rasa macam Ya Allah biarlah doa itu berbalik kepada mereka berganda apabila orang mendoakan kita.
“Tapi kalau orang puji saya takut sebab pujian ini walaupun positif tetapi ia boleh melahirkan rasa sum’ah.
“Sum’ah tu maksudnya macam dia suka dengan pujian dan kita sebagai manusia mudah terlupa apabila kita dah rasa seronok orang puji kita,” katanya.
Dalam pada itu, Lisa atau nama lengkapnya Lisa Surihani Mohamed menambah, perkara bersifat positif juga antara salah satu ujian daripadaNya.
Lalu, aktres berusia 36 tahun ini menasihati semua untuk sentiasa berpegang kepada prinsip bahawa semuanya adalah milik Allah SWT.
“Jadi, kita kena sentiasa memandang benda itu dari sudut positif dan ingat semuanya daripada Allah SWT.
“Ini sebenarnya adalah satu ujian untuk kita tidak lupa dan muhasabah diri untuk pastikan apa niat asal diri kita.
“Bagi saya ini adalah sebahagian daripada proses pembelajaran. Jadi kita kena selalu mendoakan antara satu sama lain,” katanya lagi.
Lisa telah berkongsi cerita tersebut ketika diundang sebagai tetamu jemputan program MeleTOP, pada Selasa.
Sekadar informasi, Lisa telah mula mengenakan hijab sepenuhnya sekitar Jun 2019.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Lisa Surihani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...