“Semua Impian Saya Menjadi Kenyataan,” – Bintang Twilight, Taylor Lautner Umum Bertunang Dengan Kekasih

Share

Kalau anda peminat tegar siri filem Twilight, pasti kenal benar dengan pelakon berbadan sasa ini. Taylor Lautner yang memegang watak sebagai Jacob Black di dalam filem itu telah mengumumkan kepada umum yang dia sudah pun bertunang dengan kekasihnya, Tay Dome pada 11 November yang lalu.

Dalam hantaran di Instagram yang dimuat naik hari ini, dia berkata, “11.11.2021, dan seperti itu semua impian saya menjadi kenyataan.”

Dalam gambar yang dimuat naik itu, Taylor melamar tunangnya dalam keadaan serba romantik dan aktor popular itu dilihat melutut sambil menunjukkan cincin pertunangan kepada kekasihnya.

Suasana di tempat pemanas itu dihiasi dengan nyalaan lampu besar tertulis ‘Lautner’ selain diserikan dengan nyalaan lilin dan karangan bunga ros warna merah menjadikan segalanya lebih istimewa.

Taylor melamar tunangnya itu dengan berlian potongan bujur yang direka khas dari Ring Concierge.

Mengintai pula ke laman Instagram wanita yang merupakan seorang jururawat berdaftar dan YouTuber itu, dia turut memuat naik gambar pertunangan tersebut dengan kata-kata, “Teman baik mutlak saya. Tidak sabar untuk menghabiskan waktu dengan kamu selama-lamanya.”

Kemudian Taylor meninggalkan komen di hantaran tersebut, “Berita baik untuk kamu, perasaan itu sama.”

Sebelum bercinta dengan tunangnya ini, Taylor sebelum ini pernah menjalin hubungan dengan selebriti-selebriti popular seperti Maika Monroe, Taylor Swift, Lily Collins dan Selena Gomez.

Sumber & Gambar: Instagram Taylor Lautney & Instagram Tay Dome

 

IKLAN