Penganjur Anugerah Bintang Popular ke-33 (ABP33) memberikan kenyataan berhubung tindakan pelakon Shaheizy Sam yang tampil dengan beberapa rokok elektronik atau vape tergantung di lehernya ketika mengumumkan pemenang salah satu kategori di acara anugerah tahunan itu malam tadi.m
Di dalam kenyataan yang dikongsikan awal hari ini, pihak penganjur menjelaskan adalah menjadi peranan selebriti dalam memastikan apa sahaja yang dilakukan tidak mendatangkan persepsi tidak baik dan sebelum ini, mereka yang terlibat telah diberi penerangan berhubung tata susila dan etika dalam berpakaian.
“Semua artis telah diberi penerangan berhubung tata susila dan etika berpakaian, bukan sahaja untuk menghadiri majlis berprestij seperti ABPBH, malah kepada semua penyampai anugerah.
Ads
“Adalah menjadi tanggungjawab setiap artis untuk memastikan tingkah laku mereka tidak mendatangkan persepsi negatif kepada acara yang dihadiri sekali gus boleh menjejaskan imej artis-artis lain serta industri hiburan secara am,” katanya.
Menurutnya, bintang tersebut sepatutnya lebih peka dan menghormati pihak penganjur, artis-artis lain dan industri hiburan serta penonton.
Ads
“Tidak kira apa alasan yang diberikan, Shaheizy Sam yang pernah memenangi gelaran Bintang Paling Popular ABPBH sebanyak tiga kali (ABPBH 2010, ABPBH 2012 dan ABPBH 2014) dan juga sebagai seorang artis berpengalaman sepatutnya lebih peka dalam menghormati pihak penganjur, artis-artis lain dan industri hiburan serta penonton di rumah.
“Pihak penganjur sudah bekerja keras untuk memastikan acara berjalan lancar serta mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang waktu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), malangnya insiden ini mencalarkan kredibiliti ABPBH 33. Perkara ini adalah amat dikesali pihak penganjur,” katanya.
Ads
Terdahulu, Sam yang tampil mengenakan baju Melayu lengkap bersamping bersama beberapa vape tergantung di lehernya ketika mengumumkan pemenang anugerah tular sejak malam tadi lalu menerima reaksi pelbagai netizen.
Dalam perkembangan lain, ABP33 menyaksikan kemenangan penyanyi muda, Haqiem Rusli sebagai Bintang Paling Popular dengan undian melebihi 22 juta undi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak dan penyampai radio Hot FM, Shuk Sahar baru-baru ini ada memberikan kejutan berupa telefon bimbit terkini model iphone 12 khusus buat isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah.
Ini kerana, menurut Shuk, isterinya itu sudah pun lama menyimpan hasrat untuk menggunakan telefon bimbit jenama berkenaan selain sebelum ini dia juga jarang dapat isi masa bersama atas komitmen kerja.
Shuk berkongsi perkara tersebut menerusi sedutan video yang boleh ditonton dalam versi penuh menerusi saluran YouTube rasminya.
“Asalamualaikum guys… Baru2 ni wife saya agak merajuk dekat saya. Sebab saya takde masa untuk dia.
“Kadang2 balik rumah tu cuma berlaga bahu saje..tak sempat nak borak2..balik rumah kadang2 terus letak kan kepala dekat bantal.
“So dia agak monyok sikit sejak dua menjak ni. So saye sebagai suami yang baik dan gentlement! Saya beri dia kejutan yang tak di sangkah2 guys.
“Sebenarnya wife saya teringin sangat nak pakai iphone..jadi malam ni saya tunaikan impian dia untuk pakai iphone! So nak tengok full video boleh pergi ke shukchannel!
Korang mesti tak percaya berapa harga iphone tu..saya dapat murah gila!,” tulisnya panjang lebar menerusi kapsyen di Instagram.
Terdahulu, Shuk dan isterinya yang mesra disapa sebagai Sera, mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2015 di Kampung Ulu Sapi, Beluran Sandakan, Sabah dan pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi rap, Tuju mendedahkan nama anak sulungnya bersama Loca B, ketika ditemu bual secara langsung menerusi MeleTop, malam tadi.
Di dalam temu bual yang dilakukan secara virtual itu, bintang berkenan memberitahu dia dan isteri memilih nama Bintang Aiko buat bayi lelaki yang baru dilahirkan itu.
Tuju antara lain turut berkongsi mengenai perkembangan terkininya yang melakukan inisiatif sendiri dengan melakukan kuarantin meski ujian swab yang dilalukannya baru-baru ini adalah negatif.
“Alhamdulillah, Loca B pun sekarang berpantang di rumah. Selama dua minggu ini tidak dapat bersama anak yang baru lahir.
“Nama baby saya Bintang Aiko,” jawab Tuju ketika ditanya Nabil sambil disambut dengan ucapan tahniah buat Tuju sekeluarga dari rakan hos, Uyaina Arshad.
Selain berkongsi mengenai perkata tersebut, Tuju antara lain turut memberitahu setakat menjalani tempoh kuarantin, dia banyak menghabiskan masa dengan menulis lagu.
Terdahulu pada Oktober lalu, Tuju yang juga anggota kumpulan K-Clique itu mengakui sudah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi rap Loca B.
Bagaimanapun, mereka memilih untuk tidak berkongsi perihal tarikh perkahwinan kerana lebih selesa untuk tidak bercakap mengenai hal peribadi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Terdapat beberapa majlis ilmu agama terpaksa dibatalkan akibat perlaksanaan Peritah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh semenanjung Malaysia yang dilanjutkan sehingga 9 Disember hadapan.
Pelakon, Zul Yahya ada memberikan pandangan mengenai perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Bagi untuk menghindari perkara tersebut, Zul atau nama lengkapnya Zulkifli Yahya menyarankan untuk mengadakan solat hajat dan qiamulail di semua masjid seluruh Malaysia
“masyaAllah … majlis2 ilmu dibatalkan …
Allah swt tarik satu2 nikmat agama
jom! sama2 kita mohon ampun kepada Allah swt ,
“byk salah kita dan jangan berhenti memohon bantuan dari Allah swt …
“sy cadang kita kena buat solat hajat dan qiamulail perdana disemua masjid2 di seluruh malaysia …
“harap mereka2 yg bertanggungjawab dapat fikirkan perkara ini …#menteriagama,” tulisnya.
Foto: Instagram Zul Yahya
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.