Menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-29 tahun ini, penyanyi dan pengusaha tani, Ayu Damit memanjatkan rasa syukur atas limpahan rezeki yang diterima bersama keluarga sepanjang terlibat dalam industri seni.

Katanya ketika dihubungi MH, usia yang kian meningkat secara tidak langsung memberi ruang buatnya untuk muhasabah diri, seterusnya menjadi insan yang lebih baik daripada sebelumnya.

Sempena Ulang Tahun Kelahiran, Ayu Damit Pohon Doa Tiada Wanita Lain Rampas Kebahagiaannya!

IKLAN

“Tahun depan sudahpun cecah usia 30 tahun tahun. Jadi doa saya rasanya sama seperti wanita dan para ibu lain, mahu menjadi orang yang lebih baik dan harapnya dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.

 

“Pada masa sama, harap institusi perkahwinan yang dibina ini juga berkekalan hingga akhirnya, tiada ‘rampasan’ daripada orang lain, insyaAllah,” terang Ayu.

Sementara itu, Ayu yang turut terkejut atas sambutan hari lahirnya hasil kejutan daripada kenalan industri pada Isnin memberitahu, ia merupakan antara hadiah paling bermaknanya tahun ini.

“Selain daripada kejutan yang dibuat suami ketika kami berjauhan selama sebulan atas komitmen kerja, saya gembira sebab rakan-rakan baru dan lama sudi buat kejutan dan ingat hari jadi saya. Ingatkan bila sedikit terkebelakang dalam dunia hiburan ini ada yang sudah lupa.

 

“Tetapi ternyata, rakan yang baik memang sukar untuk dicari ganti. Terima kasih atas ingatan dan ucapan semua,” kongsi Ayu yang cukup sinonim menerusi lagu Hanya Di Mercu.

Sempena Ulang Tahun Kelahiran, Ayu Damit Pohon Doa Tiada Wanita Lain Rampas Kebahagiaannya!

IKLAN

Dalam perkembangan lain, bintang asal Sabah ini juga turut giat memajukan bidang pertanian cili yang diusahakan bersama suami dan rakan kongsi.

IKLAN

“Masih merancang untuk kembangkan perniagaan. Malah, kami turut rancang untuk besarkan agihan eksport ke beberapa lokasi lain. Cuma tengah nantikan prosesnya saja. Alhamdulillah dengan rezeki yang dikurniakanNya,” akhiri Ayu.

Sempena Ulang Tahun Kelahiran, Ayu Damit Pohon Doa Tiada Wanita Lain Rampas Kebahagiaannya!

Foto: Instagram Ayu Damit

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI