“Sempatlah Aku Menumpang…,” – TV3 Sambut ‘Birthday’ Ke-37, Azhan Rani Throwback Senarai Drama Lakonannya

Share

Bersempena dengan ulang tahun stesen TV3 yang ke-37, pelakon Azhan Rani ada berkongsi beberapa keping foto berkaitan barisan drama yang pernah dilakonkannya di stesen penyiaran terkemuka itu.

Bermula dengan drama berjudul Sesuci Cinta Sofiya pada tahun 2006, Azhan atau nama lengkapnya Azhan Abd Rani hampir dua dekad terlibat dalam seni.

Dalam pada itu, pelakon berusia 46 tahun ini berharap semua drama lakonannya dapat menjadi ingatan kepada para penonton.

Dia yang sinonim dengan drama Nur ini turut menitipkan ucapan terima kasih di samping mendoakan agar stesen TV3 terus unggul dan maju.

“Dalam 37 tahun perjalanan usianya, sempatlah aku menumpang lalu di jalan ini. tak la banyak mana tapi moga melekat la satu dua nanti di kepala bila aku dah takde.

“Terima kasih @tv3malaysia . semoga terus menjadi stesen penyiaran terunggul di negara ni.

“Selamat ulang tahun buat @tv3malaysia #simpanbuatkenangan #antarabeberapa,” tulisnya.

Foto: Instagram Azhan Rani

IKLAN