“Sempat Lagi Ke?,” – Sarat Hamil Anak Sulung, Nina Iskandar Pasang Tunai Umrah Sebelum Bersalin

Share

Pelakon Nina Iskandar kini sedang sarat hamil anak sulung hasil perkahwinan dengan Azlan Adzanan.

Difahamkan usia kandungan kini sudah memasuki peringkat ketiga (third trimester).

Dalam pada itu,bintang drama Papa Ricky itu memasang hajat untuk menunaikan umrah meski sedang berbadan dua.

Teringin nak mengerjakan umrah sebelum bersalin.

“Ada siapa2 pernah pergi waktu sarat mengandung?

“How many months along were you? Please share your experience below,” tulisnya.

Sementara itu, menerusi ruangan komen, rata-rata telah berkongsi pengalaman masing-masing.

Untuk rekod, Nina melangsungkan sebuah majlis resepsi di Forest Valley Hall, Cheras, 4 Ogos lalu.

Terdahulu, Nina dan suami bernikah pada April lalu.

Foto : Instagram Nina Iskandar

IKLAN