“Semoga Sentiasa Indah Pekerti,” – Nad Zainal Dedah Nama Anak Keduanya, Budi Kalsom Nama Diberi

Share

Setelah hampir seminggu melahirkan anak keduanya, pelakon Nad Zainal telah mendedahkan nama anak keduanya yang diberi nama Budi Kalsom bersama pengikut di akaun Instagram miliknya.

Di samping itu, bintang drama bersiri Takdir Yang Tertulis ini mendoakan puterinya menjadi seorang anak yang baik.

“Semoga sentiasa indah pekerti, baik kejadiannya, lembut perwatakannya

“Budi Kalsom nama diberi..selamat hadir dalam hidup kami #BudiKalsom #anakku,” tulisnya.

Terdahulu, Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin telah mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Muhammad Falid Amiruddin pada tanggal 18 Disember 2015.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini telah dikurniakan cahaya mata sulung yang bernana Fahad Ibrahim yang kini berusia lima tahun.

Nad telah selamat melahirkan Budi Kalsom secara normal di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur, pada 30 Mac lalu.

Foto: Instagram Nad Zainal

IKLAN