“Semoga Semuanya Baik-Baik,” – Siap Buat Swab Test Covid-19, Elly Mazlein Terus Hadiahkan Limau Dan Biskut Buat Petugas Kesihatan

Share

Artis versatil, Elly Mazlein memuat naik video sedang melakukan ujian saringan Covid-19 di kediamanya bagi memenuhi syarat memulakan penggambaran bagi pekerja kreatif.

Menerusi video pendek yang sudah pun menerima lebih 20,000 tontonan itu, bintang yang bakal muncul menerusi single, Dusta Cinta itu seperti biasa mencuit hari netizen dengan gelagat spontannya.

“Siapppp sedia utk keroje, agitchu. Tq kakakku Dato’ @hasnizanordin. Tq juga adikku @wannsahmad_official,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Bagaimanapun di hujung video yang menarik perhatian ramai ialah, Elly yang selesa disapa Kak Lina turut menghadiahkan sekotak limau serta biskut buat petugas kesihatan yang melakukan ujian tersebut terhadapnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat memberikan respon positif dan terhibur dengan perkongsian ibu kepada seorang cahaya mata ini selain ada yang memuji dekorasi kediamannya.

Foto: Instagram Elly Mazlein

IKLAN