“Semoga Selalu Melimpah Kebaikan Daripada Allah,” – Jumpa Balik Selepas 6 Tahun, Mulan Jameela Teruja Lihat Perubahan Nur Fazura

Share

Selebriti sensasi Indonesia, Mulan Jameela menzahirkan rasa teruja selepas berkesempatan untuk bertemu dengan pelakon terkenal, Nur Fazura di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur pada Isnin.

Menurut Mulan atau nama sebenarnya Raden Wulansari, dia sememangnya teruja melihat penampilan terkini Fazura selepas kali terakhir mereka bertemu sekitar enam tahun yang lalu.

“Bismillahirahmanirrahim. Alhamdulillah setelah enam tahun tak bertemu, akhirnya dapat berjumpa dalam keadaan yang sangat berbeza ya sis Fazura.

“Makin cantik dengan hijab brand Fazura yang semakin meletup di Malaysia dan saya beruntung dapat hadiah hijab. Saya suka. Nanti saya riview hijabnya ya sayang.

“Semoga selalu melimpah kebaikkan dari Allah SWT. Allahuma Amin,” tulisnya.

Momen pertemuan tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Teman Tapi Mesra itu menerusi hantaran terkini di Instagram.

Malah, Wulan juga turut tumpang bangga melihat perkembangan Fazura yang kini semakin sukses dengan bisnes tudung keluarannya sendiri.

Menerusi video berdurasi hampir satu minit itu, Fazura sempat berseloroh meminta Wulan memakai tudungnya itu ketika menghadiri persidangan parlimen di Indonesia nanti,

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut teruja melihat perkongsian tersebut selain turut memuji hubungan akrab dua bintang ternama itu.

“MasyaAllah cantiknya dua-dua ni. Muka ada iras sama.

“Dulu minat sangat dengan lagu Mulan Jameela ni. Dua-duanya cantik sangat.

“MasyaAllah TabarakAllah dua-dua cantik, dua-dua comel dan dua-dua dah berhijab. Tiba-tiba sebak hati tengok. Love semua lillah.

“Macam kembar dah sis,” antara komen-komen netizen di Instagram.

Selain bergelar selebriti, Mulan juga merupakan seorang ahli politik yang kini memegang jawatan selaku anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Republik Indonesia.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Mulan Jameela.

IKLAN