Keluarga penyanyi yang popular menerusi lagu Ku Rela Dibenci, Aiman Tino dilaporkan sudah menghantar rombongan merisik gadis pilihan hatinya yang dikenali sebagai Syarah Haifa, semalam.
Difahamkan, majlis berjalan meriah dan lancar di kediaman Syarah di Cheras, Kuala Lumpur.
Abang teman wanitanya, Farish Isa dilihat memuat naik momen indah itu menerusi beberapa hantaran video di Instagram.
Ads
“Eh! Ada tetamu datang rumah kita la. Rupanya nak merisik bunga di taman,” tulis Farish dalam hantaran video di Instagram Story.
Menerusi perkongsian terbabit, ibu Aiman iaitu Hazelina Mat Jalil dilihat menyarungkan cincin di jari manis Syarah sebagai tanda hasrat mahu ‘menyunting’ wanita pilihan.
Ads
Sementara itu, Aiman hari ini turut memuat naik perkara sama dengan menitipkan doa indah buatnya dan pasangan.
Ads
“Semoga kisah perkenalan ini menjadi asbab kebahagiaan dan permulaan baru untuk diri ini. Terima kasih di atas segala doa,” tulisnya di Insta Stories.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Berjaya memiliki dua buah kediaman sendiri di usia bawah 30 tahun, ia merupakan satu pencapaian terbesar buat penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha sehingga kejayannya itu menjadi inspirasi dalam kalangan peminatnya.
Namun begitu, ada kedengaran usikan nakal daripada netizen yang mendakwa pencapaian yang diusahkan Daiyan atau Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 30, itu adalah disebabkan ditaja oleh ‘sugar daddy’ sehingga dia mampu untuk hidup selesa dan mewah.
Mengakui terkilan dengan tuduhan tersebut, Daiyan berkata kesemua aset yang berjaya dikumpulnya kini adalah di atas hasil usaha kerasnya sepanjang bergelar anak seni.
“Penat saya kerja, kau (netizen) cakap saya ada sugar daddy macam itu je.Saya terkilanlah sebab saya dah kerja keras kan.
“Saya terasa sikit la bila orang cakap macam tu tapi saya faham sebab kadang-kadang mereka pun ada persoalan antara satu sama lain,” katanya kepada MH.
Daiyan ditemui pada majlis pratonton drama terbaharu lakonannya, Projek: High Council yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur pada Selasa.
Penyanyi lagu Penat itu juga berkata dia berasa hairan apabila bila golongan wanita itu berjaya, mereka pasti akan dilabel seperti ada sesuatu perkara atau seseorang yang berada di belakang kejayaan tersebut.
“Ia satu tuduhan berat dan melukakan hati.Ia juga menunjukkan bahawa seorang perempuan kalau berjaya itu mesti ada benda lain di belakang dia.
“Bukan sebab usaha dia atau bakat dia.Kenapa mesti (cakap) macam tu?Kenapa bila lelaki bejraya, kita tak ada pun cakap dia mesti ada ‘sugar mummy’,” katanya lagi.
Selain berlakon dan menyanyi, Daiyan turut aktif bekerjasama mengiklankan pelbagai jenama mewah popular antarabangsa sepanjang 10 tahun dia berkecimpung dalam bidang seni.
Sementara itu, untuk kerjaya lakonan, Daiyan kini tampil dengan drama terbaharu, Projek: High Council yang mana mengisahkan tentang gejala buli dan gangsterism yang berlaku dalam kalangan pelajar sekolah berasrama suatu ketika dahulu.
Memegang watak sebagai Mia, Daiyan berkata dia teruja membawakan watak itu di samping ramai pelakon baharu berbakat besar antaranya seperti Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Amir Ahnaf dan Fazziq Muqris.
“Untuk watak Mia ini, saya tempah sendiri rambut palsu berwarna merah jambu untuk tampil dengan karakter gadis rebelious.
“Saya tak warnakan rambut sebab saya perlu tampil dengan imej clean, rambut berwarna hitam untuk tujuan endorsement dengan produk-produk.
“Saya sangat teruja dapat bekerjasama dengan ramai bakat baharu berbakat besar dan kalau bukan saya berlakon dalam drama ini pun, memang saya akan tonton sebab karya ini memang sangat bagus dan berkualiti tinggi,” katanya.
Projek: High Council yang diarahkan Anwari Ashraf dan Ika Zakaria ini akan mula ditayangkan di Astro Go pada 14 Januari ini dan di Astro Citra bermula 23 Januari, setiap Sabtu jam 9 malam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Fatin Afeefa dilihat menyediakan Maggi Goreng Ayam sebagai hidangan pertamanya buat suami tersayang, Aliff Awang beberapa hari lalu.
Menerusi video pendek yang kembali dikongsikan di dalam akaun TikTok peminat, Aliff merakamkan menu yang disediakan isteri sambil menitipkan dedikasi.
“Alhamdulillah makanan pertama sebagai suami isteri, maggi. Orang kata bukan nilai sesuatu barang itu yang membuatkan perkara itu perlu dihargai, tetapi ingatan itu,” katanya.
Meninjau ke ruangan komen, wargamaya memberikan reaksi yang baik-baik selain akui air tangan isteri adalah yang terbaik.
“Tak kisah masak apa pun, janji ada effort. Kalau rajin, lama lama pandaila masak (ingat senang bini nak bangun pagi masak).”
“Semoga perkahwinan ini akan kekal hingga ke akhir hayat Fatin dan suami.”
“Tolong jaga dia wanita hebat, yang hebat.”
“Bukan Maggi biasa-biasa, Maggi special tu.”
“Sedapnya.”
“Alhamdulillah… yang penting usaha dia memasak untuk suami. Tak kiralah apa pun menunya.”
“Selagi pandai menghargai, sekecil effort pasangan pun akan dihargai walau benda tu biasa je.”
“Suami yang hargai isteri, masak ada pun sedap.”
Video berkenaan sudah pun ditonton lebih 800,000 kali disusuli dengan puluhan ribu tanda suka.
Sementara itu meninjau ke Instagram Fatin, bintang filem Tentang Bulan itu ada memuat naik fotonya bersama suami yang disertakan dengan kapsyen ringkas;
Terdahulu, pasangan sama cantik sama padan ini mendirikan rumah tangga pada Jumaat lalu, di sebuah premis acara di Subang Jaya, Selangor.
Perkahwinan pelakon itu terjawab apabila dia berkongsi video majlis perkahwinannya di TikTok.
Menerusi hantaran video berkenaan, ramai mengucapkan tahniah kepada pasangan selain dan tidak menyangka Fatin mendirikan rumah tangga memandangkan tidak pernah berkongsi hal berkaitan cinta sebelum ini.
Pergolakan rumah tangga pelakon dan pengarah Syamsul Yusof serta pelakon Puteri Sarah Liyana masih lagi berpanjangan apabila kedua-duanya dilihat saling berbalas kenyataan di media sosial.
Terbaharu, Sarah atau nama sebenar, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, tampil menjawab kenyataan yang dikeluarkan Syamsul mengapa dia menyekat isteri pertamanya itu menerusi aplikasi perbualan WhatsApp.
Menerusi perkongsian di Insta Story pada pagi Rabu, Sarah mengatakan Syamsul telah memutar belit cerita berkenaan masalah yang berlaku dalam rumah tangga mereka.
“Twistlah (putar belitkan) cerita selagi boleh. Takpelah nak minta lepas pun. Haaaa jangan lepas ni twist lagi cerita pula ‘Sarah yang minta lepaskan sangat, saya tak nak. Selama ini saya sayang dia’.
“Enough with the play victim drama and blaming (Cukup-cukuplah berdrama seperti anda adalah mangsa keadaan),” tulis Sarah.
Terdahulu, Syamsul telah memuat naik sebuah video pada tengah malam Selasa mendedahkan dia terpaksa menyekat aplikasi WhatsApp Sarah kerana enggan bergaduh serta mengeruhkan lagi hubungan di antara mereka.
Menurut pengarah filem Munafik itu, Sarah akan mengeluarkan kata-kata kesat setiap kali mereka berbincang mengenai isu rumah tangga sehingga membuatkannya terpaksa mengambil keputusan menyekat aktres itu sejak setahun lalu.
“Kenapa saya block awak? Saya tak nak cakap tetapi untuk elak fitnah saya bagitahu. Orang kutuk saya hina saya bapa iblis dan sebagainya, tak apa saya telan.
“Saya block isteri saya kerana saya seorang yang tidak suka bergaduh. Bagaimana saya nak berkomunikasi dengan awak wahai Puteri Sarah?
“Awak sentiasa memaki hamun saya, awak dah tak ada rasa hormat, saya tak ada ruang untuk berbicara. Untuk tidak memudaratkan hubungan kita, saya block awak,” katanya menerusi video tersebut.
Untuk rekod, Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4 tahun.
Pada Jumaat lalu, Syamsul membuat pendedahan mengatakan dia sudah berkahwin buat kali kedua di Thailand dengan anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi iaitu Ira Kazar.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Misha Omar tumpang gembira dengan kejayaan yang diraih rakan penyanyi, Ernie Zakri yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37), malam tadi.