Selebriti Indonesia yang kini menetap di Malaysia, Tya Arifin berkongsi khabar gembira selepas memaklum dia dan suami, Asyraf Khalid akan berangkat ke Tanah Suci Mekah, bagi menunaikan ibadah umrah.
Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh menantu kepada penyanyi, Datuk Seri Siti Norhaliza itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram pada Rabu.
“Bismillahirahmanirrahim, inshallah lagi satu jam Tya akan bertolak ke Jeddah dan meneruskan perjalanan umroh.
“Tya mohon maaf kepada semua jika ada salah yang sengaja maupun tak sengaja,” tulisnya.
Pada masa sama, Tya turut menitipkan permohonan maaf seandainya dia ada menyakiti hati mana-mana pihak sebelum ini.
Ads
Malah, ibu kepada dua orang cahaya mata ini turut menyifatkan peluang menunaikan umrah itu sebagai hadiah paling istimewa bersempena dengan bulan kelahiranya.
Dikesempatan itu juga, Tya turut berharap agar semua pihak dapat mendoakan semoga segala urusannya bersama suami di Tanah Suci akan sentiasa dipermudahkan.
“Kepergian ini seperti rezeki bulan kelahiran Tya, mashallah. Doakan Tya dan suami dipermudah umrah hingga kembali lagi ke tanah air,” kongsinya lagi.
Bagaimanapun, Tya difahamkan terpaksa meninggalkan dua orang anaknya Ariff Jiwa, 5, dan Azzahra Jiwa yang beru berusia tiga tahun.
Ads
Menerusi hantaran terkini di ruangan Instagram stories, Tya dan suami difahamkan telah pun selamat tiba di bumi Arab Saudi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut menitipkan doa yang baik-baik buat Tya dan juga suaminya.
“Selamat semuanya. Moga dibawah lindunganNya sentiasa.
Ads
“Semoga mendapat umrah yang mabrur Tya dan family. Seronoknya.
“Alhamdulillah, rezeki dapat menunaikan umrah secepat ini selepas dua tahun dilanda pandemik. Semoga dipermudahkan ya Tya dan Ashraf.
“Tya take care sayang. Semoga selamat semuanya dan lancar ibadahnya,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Sekadar informasi, Tya dan Ashraf telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 1 November 2015.
Sumber: Instagram Tya Arifin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Terbaru pelakon Yatt Hamzah telah memuat naik satu video di akaun Instagram miliknya.
Yatt telah meluahkan perasaannya dan titipkan kata-kata semangat kepada rakan artis yang telah berhijab supaya istiqomah selalu dalam dugaan menahan kehendak nafsu.
“Air mata ini jatuh kala melihat video ini. Bukan kerana terharu lihat wajah sendiri ada dlm video ini. Tapi kerana aku dapat lihat kekuatan, ketabahan dan pengorbanan sahabat2 yg lain menahan kehendak dan nafsu sama seperti aku.”
“Sebak mengenangkan perjalanan selama 6 tahun meninggalkan apa yg pernah aku sayang dan julang 1 ketika dahulu. Kerana itu tak mudah. Ya aku lemah.. Aku tak kuat.. Tapi aku WAJIB KUAT DEMI YG MAHA KUAT.”
“Maka sedikit demi sedikit aku kutip kekuatan, jadilah ia lebih baik dan lebih kuat setiap hari hingga lah saat ini. 1 sahaja kekuatan aku. ALLAH.. ALLAH.. ALLAH.. Selagi aku ada DIA, aku ada Segalanya..”
“YA ALLAH KUATKAN KAMI SEMUA. SAYANGI DAN RAHMATI KAMI SEMUA. JANGAN KAU BOLAK BALIK HATI KAMI SETELAH KAU BERIKAN HIDAYAH BUAT KAMI. SUNGGUH, KAMI AMAT RINDU PADAMU..”
“Pada SAHABAT2 KU yg lain, JANGAN PERNAH BERSEORANGAN DLM PERJUANGAN INI. WE HAVE EACH OTHER. AND WE ARE STRONGER WHEN WE ARE TOGETHER.”
“LET’S BE TOGETHER TO GET THROUGH THIS. LET’S SHARE WHAT WE HAVE WITH EACH OTHER. IN SHAA ALLAH WE WILL BE BETTER, BRAVER AND STRONGER..”
“YOU ARE NOT ALONE. YOU HAVE ME AND ALL OUR FRIENDS. YOU HAVE ALLAH. YOU HAVE RASULULLAH. WE ALL LOVE YOU..LILLAHITAALA.”
“WE ALWAYS SUPPORT AND PRAY FOR EACH OTHER.. IN SHAA ALLAH.” tulisnya.
A post shared by Yatt Hamzah (@yatthamzah_suci) on
Lantas, rakan artis dan netizen bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh pelakon itu. Bukan itu sahaja, netizen turut mendoakan kepada Yatt dan rakan artis yang lain supaya sentiasa istiqamah.
Video : Instagram Yatt Hamzah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Ketika ini, jumlah kematian akibat serangan jantung dalam kalangan usia muda sangat membimbangkan.
Memetik laporan akhbar Harian Metro, Laporan Perangkaan Sebab Kematian di Malaysia 2020 pula mendedahkan, serangan jantung kekal menjadi penyebab utama kematian di negara ini yang merekodkan 16,325 kematian atau 15.0 peratus daripada jumlah kematian disahkan secara perubatan pada 2019.
Malah, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) turut melaporkan, 17.9 juta penduduk dunia meninggal dunia akibat penyakit kardiovaskular iaitu serangan jantung dan angin ahmar.
Lantaran itu, rakyat Malaysia ketika ini harus cakna bahawa serangan jantung bukan sahaja kerap berlaku pada orang tua tetapi golongan muda juga tidak terkecuali.
Di sini MH ingin kongsikan langkah-langkah pencegahan yang disarankan oleh pakar untuk mengelak daripada terkena serangan jantung;
Senaman merupakan antara aktiviti boleh menyihatkan tubuh selain dapat meningkat kekuatan fizikal dan mental.
Menurut laporan Berita Harian, Doktor Pelatih Pakar Rehabilitasi dan Pemulihan, Dr Shaiful Aizad Shafie berkata, senaman intensiti sederhana dan intensiti berat terbukti memberi kesan positif kepada jantung.
Ia dapat melancarkan peredaran darah daripada jantung ke seluruh badan, mengurangkan tekanan darah dan menguatkan otot jantung.
Katanya lagi, kajian mendapati, senaman mengurangkan 21 peratus risiko dapat penyakit jantung bagi lelaki dan wanita (29 peratus), selain mengurangkan kadar kematian (25 peratus).
Antara senaman yang baik untuk jantung adalah senam aerobik, senaman kekuatan otot dan senaman regangan, fleksibiliti dan keseimbangan.
Selain mengamalkan rutin senaman yang konsisten, pemakanan yang tidak terkawal turut menyumbang kepada serangan jantung.
Seperti semua sedia maklum, serangan jantung terjadi disebabkan koronari arteri atau saluran utama yang membekalkan darah ke jantung tersumbat berpunca daripada darah beku.
Darah beku pula terjadi disebabkan kadar kolestrol jahat atau lebih dikenali kolestrol lipoprotein berketupatan rendah (LDL). Ia merupakan kunci kepada serangan jantung.
Antara makanan sihat yang boleh diamalkan adalah buah-buahan, sayur-sayuran, daging tanpa lemak, ayam tanpa kulit, minyak berasaskan tumbuhan dan produk tenusu rendah lemak.
Selain pemakanan sihat dan rutin senaman yang konsisten, pengambilan supplement juga boleh membantu untuk menguatkan jantung terutamanya supplement yang mengandungi Coenzyme Q10 (CoQ10).
CoQ10 adalah antioksidan yang terdapat pada hampir setiap sel di dalam tubuh manusia. Selain bertindak sebagai antioksidan, CoQ10 dapat melindungi tubuh anda daripada kerosakan molekul jahat.
Antioksidan CoQ10 sebenarnya ada pada makanan, seperti daging, ikan, dan kekacang. Namun, jumlah CoQ10 dalam sumber makanan ini, bagaimanapun, tidak cukup untuk meningkatkan kadar CoQ10 secara signifikan dalam tubuh anda.
Disebabkan itu, anda perlu mendapatkannya daripada supplement.
Selain itu, makanan tambahan yang kaya dengan Omega-3 juga mampu mengurangkan risiko serangan jantung. Omega-3 ini boleh didapati menerusi supplement yang mengandungi minyak ikan.
Omega 3 juga turut dikenali sebagai acid ekosapentaenoik (DHA) dan asid ekosapentatonik dengan jumlah dos masing-masing lebih kurang 180mg dan 120mg.
Jelas bahawa minyak ikan yang digunakan dalam dos secara klinikal mengurangkan trigliserida tinggi.
Selain mengurangkan trigliserida, Omega 3 jua mampu menurunkan tekanan darah, mengurangkan pembekuan darah, mengurangkan strok dan risiko kegagalan jantung dan mengurangkan degupan jantung yang tidak teratur.
Dalam pada itu, gaya hidup sihat juga amat penting bagi mengurangkan risiko serangan jantung. Penyakit ini lebih mudah menyerang mereka yang merokok, tidak aktif bersenam dan pengambilan alkohol yang berlebihan.
Oleh itu, anda disarankan untuk menjalani rutin harian yang sihat seperti bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Aktiviti kecil seperti berjalan kaki juga punyai banyak manfaat daripada berdiam diri sahaja.
Hari Jantung Sedunia
Lantaran itu, bersempena dengan Hari Jantung Sedunia, rangkaian supplement kesihatan, Blackmores bakal bekerjasama dengan Institut Jantung Negara (IJN) untuk mengadakan kempen kesedaran tentang risiko penyakit jantung.
Program ini bakal berlangsung di Aeon Mall, Shah Alam pada 24 sehingga 29 September ini bermula jam 10 pagi sehingga 10 malam.
Blackmores yang juga merupakan penaja platinum Hari Jantung Sedunia bakal membuka booth untuk menyampai kesedaran kepada orang ramai tentang penyakit jantung.
Malah, anda juga berpeluang untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik seperti ceramah kesihatan, percubaan produk secara percuma dan macam-macam lagi.
Dalam pada itu, anda juga boleh dapatkan produk Blackmores secara atas talian menerusi platform rasmi di aplikasi Lazada dan Shopee.
Pengacara dan penyampai radio, Haziq Hussni yang kini sedang menjalani proses kuarantin diri ada berkongsi video menyayat hati yang memaparkan gelagat kedua orang anaknya, Heidy Nufael dan Chayra Auliya yang memanggilnya dari luar bilik.
Menurut Haziq, dia harus peka dengan menjalani tempoh kuarantin bagi memastikan seluruh ahli keluarganya terhindar daripada wabak Covid-19 meski keputusan ujian saringan Covid-19 yang dilakukannya adalah negatif.
“Dari pagi duk “daddy, daddy”. Dok tahan je la ni dengar. Sorry kids. Daddy kena self-quarantine 14 days.
“Untuk kebaikan korang. Nanti daddy jumpa Heidy, Yaya dengan mama lepas 14 hari ya,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan pengacara program semi final Muzik Muzik 35 (SFMM35) itu menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.
Video yang dirakam isteri, Ayunda Putri berdurasi hampir 15 saat itu ternyata menyentuh hati ramai.
Menerusi sebuah lagi posting berasingan pula, Haziq memaklumkan ujian saringan Covid-19 yang dijalaninya pada Ahad telah pun didapati negatif.
“Haziq baru dapat result swab test semalam. Alhamdulillah negatif. Will continue self-quarantine 14 hari and akan buat swab test kedua 10-12 hari lagi. Tq yang mendoakan
“Get well soon to you and your family brother @alifsatar. Stay strong!,” kongsinya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen bersedih melihat perkongsian tersebut selain turut mendoakan semoga semua baik-baik sahaja buat Haziq sekeluarga.
Terdahulu, kesemua kru dan artis yang terlibat menjayakan program SFMM35 mengambil inisiatif menjalani ujian saringan dan proses kuarantin diri selepas salah seorang pesertanya yang juga merupakan penyanyi dan hos, Alif Satar didapati positif Covid-19.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Apich Lo ralat apabila perjalanannya di program realiti Big Stage Alpha terhenti di minggu pertama sekali gus gagal meloloskan diri ke ‘Big 12’.