“Semoga Mak Tenang Di Sana,” – Ibu Mentua Shima Anuar Meninggal Dunia, Al-Fatihah

Share

Pelakon , Shima Anuar berkongsi khabar duka apabila memaklumkan ibu mertuanya yang telah kembali ke rahmatullah, hari ini.

Shima telah berkongsi berita tersebut menerusi akaun Instagram miliknya.

“Assalamualaikum. Minta jasa baik anda untuk sedekahkan Al Fatihah untuk ibu mertua saya yg telah pulang ke rahmatullah pagi tadi. Terima kasih ya semua.

“Mak, terima kasih terima shima untuk jadi menantu mak. Terima kasih lahirkan abg. Seorang anak, suami dan ayah yg baik untuk kami.

“Semoga mak tenang disana dan ditempatkan dikalangan org2 yg beriman. Amin. Al Fatihah,” tulisnya.

Difahamkan, ibu mentua Shima berada dalam keadaan koma selama 2 minggu akibat serangan penyakit jantung, beberapa minggu yang lalu.

Terdahulu, Shima dan suami mendirikan rumah tangga pada 8 April 2017 dan dikurniakan sepasang anak bernama Marian Sophia dan Mikhael Imaan.

Foto: Instagram Shima Anuar

IKLAN