Awal pagi ini, pengasas kosmetik yang kini bergelar penyanyi, Datuk Seri Aliff Syukri ada berkongsi mengenai doa paginya. Menerusi Instagram, penyanyi lagu Abang Nak Tegur memohon agar dirinya mati dalam iman.

“Doa sy pagi ini.. ya Allah aku hamba yg jahat dan jahil kadang kala alpa dengan duniawi..semoga kau matikanlah aku dlm keadaan yg beriman dan jadikanlah aku menggunakan hartamu kejalan yg benar.

 

“Dan kau dekatkan aku dgn mu ya Allah.. Minta tolong amin kan semua.. Semoga sy menjadi lebih soleh sebagai seorg muslim yg baik,” tulisnya.

Terdahulu, Aliff pernah memberitahu antara azamnya tahun ini adalah untuk lebih memberi lebih tumpuan kepada amal ibadah dan jariah sebagai persiapan buat dirinya pada masa depan.

IKLAN

“Sebelum usia saya cecah 40 tahun saya memang tanam niat untuk jadi seorang yang alim. Sedikit demi sedikit saya cuba, pelahan-lahan,” katanya kepada MH.

Dalam perkembangan lain, Aliff yang turut sinonim dengan sapaan Abang Terlajak Laris ini bakal muncul di dalam sebuah program masakan sebagai hos.

IKLAN

IKLAN

Foto: Instagram Aliff Syukri

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI