Berita

“Semoga Kandungan Selamat Dan Dipermudahkan,” – Shila Amzah, Ubai Umum Bakal Timang Zuriat

Share

Penyanyi Shila Amzah mengumumkan yang dia kini berbadan dua.

Berita gembira itu dikongsikan Shila dan suaminya, Ubai menerusi platform Instagram, sebentar tadi.

“Ada sebab kami baru beritahu sekarang. Kami nak kehamilan ini smooth pada awal kehamilan.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan sebelum ini. Doakan semoga kandungan saya selamat dan dipermudahkan segala-galanya… sepanjang kehamilan ini,” katanya.

Perkongsian berkenaan pantas menerima perhatian peminat dan rakan selebriti yang masing masing turut menitipkan ucapan tahniah buat pasangan berkenaan.

Imbas kembali, Shila mendirikan rumah tangga bersama Ubai atau nama sebenarnya, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli pada 5 Ogos tahun lalu.

Sebelum ini, Shila bercerai dengan bekas suami, Haris Idraki pada 8 Februari 2022 selepas empat tahun berkahwin.

Hasil perkahwinan bersama Haris, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Seth Uwais.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

IKLAN