“Semoga Jadi Anak Yang Baik,”- Amyra Rosli Dedah Nama Baby Girl, Ayra Aryssa

Share

Terdahulu, pelakon Amyra Rosli telah selamat melahirkan bayi perempuan pada 1 Februari yang lalu.

Menerusi entri terkini Amyra di Instagram, bintang drama bersiri Cemburu Seorang Perempuan itu telah mendedahkan nama cahaya mata keduanya itu.

“Assalamualaikum everyone.. i am @ayraaryssa,” tulisnya.

Di samping itu, rata-rata peminat dan rakan selebriti memuji kecomelan wajah bayi Amyra.

Sekadar informasi, Amyra telah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Amar Baharin pada 11 November 2016 dan dikurniakan satu cahaya mata, Aqeef Anaqi berusia 2 tahun.

Foto : Instagram Amyra Rosli

IKLAN