Penyanyi, Shila Amzah mendedahkan dirinya hanya sempat menyelamatkan sebahagian daripada koleksi trofi dan anugerah sewaktu rumahnya dimasuki air akibat musibah banjir yang melanda beberapa kawasan di negeri Selangor pada tahun lalu.

Menurut Shila atau nama lengkapnya Nurshahila Amir Amzah, dia seme berasa agak sedih bila mengenangkan mengenai kejadian tersebut.

“Semoga Ini Jadi Pemangkin Semangat Untuk Berkarya,” – Ada Trofi Patah & Pecah Sebab Banjir, Shila Amzah Tak Patah Semangat

Katanya lagi, trofi-trofi yang tidak sempat diselamatkan kebanyakkannya rosak dan patah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shila Amzah (@shahilaamzah)

“Awards yang dapat diselamatkan dari banjir last year.

“Yang lain semua patah and pecah,” tulisnya.

IKLAN

Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu, Memori Tercipta itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

“Semoga Ini Jadi Pemangkin Semangat Untuk Berkarya,” – Ada Trofi Patah & Pecah Sebab Banjir, Shila Amzah Tak Patah Semangat “Semoga Ini Jadi Pemangkin Semangat Untuk Berkarya,” – Ada Trofi Patah & Pecah Sebab Banjir, Shila Amzah Tak Patah Semangat

Bagaimanapun, ibu kepada seorang cahaya mata ini memaklumkan dia mahu menjadikan dugaan ini sebagai pemangkin semangat buat dirinya untuk terus berkarya dengan lebih baik pada masa akan datang.

“Semoga ini dapat menjadi pemangkin semangat untuk sha berkarya dengan lebih baik lagi,” ujarnya lagi.

IKLAN

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat turut menzahirkan rasa sedih selain turut memberikan kata-kata semangat buat Shila.

“Semoga lepas ni boleh berjaya lagi dan lagi. InsyaAllah Shilalas sentiasa doakan Shila.

“Keep up the good work babe. Fans anda di sini setia menyokong anda.

IKLAN

“Lah, sayangnya. Semoga Sha lebih kuat dan terus berkarya.

“Sayangnya, tak mengapa Shila. Allah akan ganti dengan yang lebih baik pada masa akan datang,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

“Semoga Ini Jadi Pemangkin Semangat Untuk Berkarya,” – Ada Trofi Patah & Pecah Sebab Banjir, Shila Amzah Tak Patah Semangat “Semoga Ini Jadi Pemangkin Semangat Untuk Berkarya,” – Ada Trofi Patah & Pecah Sebab Banjir, Shila Amzah Tak Patah Semangat

Sekadar informasi, Shila bakal bersaing di pentas Anugerah Juara Lagu ke-36 menerusi lagu Pelukan Angkasa bersama band Sekumpulan Orang Gila (SOG).

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: Instagram Shila Amzah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI