“Semoga Dipermudah Urusan Hingga Akhir Hayat,” – Selamat Bertunang Dengan Ernie Zakri & Tiada Lagi Spekulasi, Ini Kongsi Syamel

Share

Pasangan selebriti Syamel dan penyanyi, Ernie Zakri akhirnya menamatkan spekulasi mengenai kisah cinta mereka selepas selamat mengikat tali pertunangan.

Majlis yang berlangsung serba ringkas namun meriah itu hanya dihari keluarga terdekat bagi mematuhi prosedur operasi standard yang telah ditetapkan pihak kerjaaan.

Menurut sebuah posting yang dimuat naik di akaun Instagram, Syamel meluahkan rasa syukur kerana segala urusan pada hari ini telah dipermudahkan.

“Alhamdulillah.Terima kasih mendoakan yang baik baik untuk kami.

“Semoga dipermudah urusan hingga akhir hayat.

“Semoga perjalanan yang bermula dengan majlis pertunangan yang sederhana bersama kaum keluarga ini diredhai dan diberkati,” tulinya.

Pasangan dua mermati sejoli ini dilihat sama cantik sama padan mengenakan sepersalinan indah berwarna kelabu.

Menerusi ruangan komen rata-rata peminat dan rakan artis teruja dengan berita pertunangan tersebut.

Mereka turut menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan semoga urusan ke jinjang pelamin dipermudahkan.

Sumber: Instagram Syamel

IKLAN