“Semoga Dia Tergolong Dalam Kalangan Wanita…,” – Suami Fouziah Ghous Titip Doa Sempena Ulang Tahun Isteri 36 Tahun, Indahnya Doa!

Share

Hari ini genap usia pelakon Datin Hajjah Fouziah Gous yang ke-36 tahun. 

Lantas, suaminya, Datuk Hj Mohd Zhafran Yusof atau mesra dengan gelaran Zhaf telah memuat naik video beserta doa buat isteri tercinta.

“Dear Wifeyku, saya sangat bersyukur awak merupakan teman sehidup dan sematiku.

Ya Allah, kau kurniakanlah kesihatan, kebahagian, keceriaan, kesenangan dan segala perasaan malah sifat2 terpuji buat isteriku Nor Fouziah Gous.

Ya Allah kau berikanlah kesihatan dan panjangkanlh umurnya. Mudah2an dia dpt lakukan segala ibadah dan dpt mendekatkan dirinya kpd mu Ya Allah.

Semoga Fouziah tergolong dlm kalangan org beriman dan wanita solehah,” doanya.

Zhaf juga bersyukur kerana dikurniakan seorang isteri dan ibu kepada dua orang cahaya mata.

“Aku sangat bersyukur Ya Allah krn Engkau telah mengurniakan isteri dan dua orang zuriat iaitu Muhammad Zeeshan dan Zaheen Yusuf,” tulisnya lagi.

Dalam pada itu, Zhaf dan Fouziah telah menikmati sarapan pagi bersama-sama sambil menikmati keindahan kota raya. 

Untuk rekod, mereka berkahwin pada September 2013 dan dikurniakan dua orang putera iaitu Muhammad Zeeshan,2 dan Zaheen Yusuf,1 tahun.

Video/Foto: IG Zhaf 

IKLAN