“Semoga Berkekalan Sampai Syurga,” – Shaheizy Sam

Share

Pelakon Shaheizy Sam mengucapkan tahniah atas perkahwinan pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim (JDT) Safawi Rasid bersama pempengaruh Syifa Melvin dengan sekali lafaz pada malam Isnin.

Sam yang juga suami kepada akak Syifa iaitu pelakon Syatilla Mevlin melayangkan dedikasi tersebut menerusi perkongsian terkini yang dimuat naik di Instagram.

“Selamat Pengantin Baru. Semoga berkekalan sampai syurga @safawirasid29 @syifamelvin,” tulisnya ringkas.

Hantaran berkenaan yang kini sudah menerima leboh 40,000 tanda suka turut dihujani ucapan sama daripada rakan artis dan peminat.

Terdahulu, pasangan berkenaan dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Khairil Nizam yang berwakil walikan bapanya iaitu Amirul Melvin Abdullah.

Majlis pernikahan pasangan itu diadakan secara tertutup di Hotel Hilton, Petaling Jaya yang dihadiri ahli keluarga dan kenalan terdekat pengantin.

Pada majlis berkenaan, Safawi atau Muhammad Safawi Rasid, menyerahkan mas kahwin berupa sebentuk cincin kepada Syifa.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

IKLAN