“Semoga Berjaya Dunia Akhirat…,” – DSV Sediakan Ustaz Belajar Al-Quran, Doa Moga Cik B & Kacak Anak Yang Hebat

Share

Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida ada berkongsi cerita perihal anaknya, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin dan juga anak lelakinya, Muhammad Eric Zaquan.

Menerusi foto yang dimuat naik menerusi akaun Instagram miliknya kelihatan kedua anaknya itu sedang mengaji Al-Quran bersama seorang ustaz.

“SALAM JUMAATT..DOAKAN CIK B @cikb_havoc66 @kacak_._ . Jadi anak yg HEBAT dunia Akhirat..,” tulisnya ringkas.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat memuji cara usahawan kosmetik itu mendidik anak-anaknya.

Malah ada di antara komen yang ditinggalkan mendapat reaksi DSV.

Imbas kembali, Vida berkahwin dengan Mohd Amin tahu pada 2000 dan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Muhammad Eddie Zuhdie, Muhammad Edrie Zikrie, Nur Edlynn Zamilleen dan Muhammad Eric Zaquan.

Bagaimanapun, Muhammad Eddie Zuhdie, 11, dan Muhammad Edrie Zikrie,10, meninggal dunia dalam kejadian kebakaran di rumah Vida di Meru Hill, Ipoh tiga hari sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2013.

Vida sah bercerai dengan Mohd Amin pada tahun 2008 iaitu selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.

Foto: Instagram DSV

IKLAN