Bekas personaliti TV, Azrinaz Mazhar Hakim telah mengadakan upacara tahnik buat anak keempatnya itu bersama keluarga, pada Jumaat.
Dalam pada itu, Azrinaz turut mendedahkan nama bayi perempuannya itu yang diberi nama Atheera Medinah yang kini sudah genap berusia seminggu.
Personaliti berusia 41 tahun ini berkongsi maksud nama anaknya itu bersama peminat.
“Alhamdulilah, sekali lagi berkat Jumaat penghulu segala hari dan genap seminggu, kami sekeluarga selesai upacara tahnik yang disempurnakan oleh YBhg Sheikh Abdul Karim Omar Al-Fatani Al-Makki, @abdulkarimalmakki
Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
“To recap, tahnik atau disebut masyarakat Melayu sebagai ‘belah mulut’ adalah amalan sunnah yang dituntut dengan menyapu kurma yang dihancurkan ke langit-langit bayi bersama air zam zam dan madu. Ianya untuk baby berlatih mengunyah makanan dan kuat untuk makan
Ads
“Adalah juga disunatkan ketika upacara tahnik dengan memberi nama kepada bayi Mengambil kesempatan ini, suka saya umumkan nama yang dipilih oleh suami dan saya untuk baby berusia seminggu ini adalah ATHEERA MEDINAH
“ATHEERA bermaksud harum
MEDINAH bersempena nama kota suci Rasullulah; Madinah.
“Harapan mommy dan daddy semoga Atheera Medinah menjadi anak yang solehah, mengharumkan nama keluarga, sihat tubuh badan dan berjaya dari dunia hingga akhirat. Amin,” tulisnya panjang lebar.
Imbas kembali, Azrinaz telah mendirikan rumah tangga bersama Fairos Khan pada 1 Mei 2018 dan dikurniakan seorang anak, Areesya Malaykha pada 19 September 2019.
Azrinaz selamat melahirkan anak keempatnya secara normal pada 26 Mac yang lalu.
Ads
Ini merupakan perkahwinan kali kedua Azrinaz.
Sebelum ini, Azrinaz pernah berkahwin dengan Sultan Hassanal Bolkiah, Sultan Brunei pada 20 Ogos 2005 dan dikurniakan dua orang anak.
Namun Azrinaz telah sah bercerai talak satu pada 16 Jun 2010.
Foto : Instagram Azrinaz Mazhar Hakim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Nabila Razali telah diundang untuk menjadi tetamu undangan untuk Carta Suria 40 di Suria FM bersama dengan penyampai radio, Fizi Ali.
Pelbagai perkara telah dikongsikan, antaranya mengenai kecaman dan kritikan yang sering diterima.
Nabila atau nama lengkapnya Nur Nabila Mohd Razali berkata dia memandang perkara tersebut dari sudut yang positif.
Jelas penyanyi yang sinonim dengan lagu Peluang Kedua ini, insiden yang berlaku kepada dirinya telah banyak mematangkan dirinya.
“Saya tiada pengalaman dalam industri hiburan jadi bila saya masuk saya sedih sebenarnya, tapi saya suka nyanyi jadi saya nyanyi juga sebab saya buat benda yang saya suka,
“Nak kata lali tu tak adalah tapi saya dah terima layanan yang macam tu dari dulu cuma yang beza dengan sekarang dia bertambah sahaja,
“Macam sekarang umur pun dah 29, dulu umur 23 jadi sekarang berfikiran lebih matang. Jadi saya anggap benda ini semua satu rezeki dan ujian yang saya rasa Tuhan nak bagi untuk tengok kita ni sabar ke tak untuk capai apa yang kita nak,
“Rezeki kita tak boleh nak persoalkan sebab kalau kita tak percaya dengan rezeki maksudnya kita percaya dengan kuasaNya,” katanya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat menitipkan kata semangat dan positif kepada penyanyi kelahiran bintang program realiti nyanyian Akademi Fantasia 2013 ini.
Foto: Instagram Suria FM, Nabila Razali
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi asal Sabah, Adira Suhaimi baru-baru ini memuat naik video serta gambar dirinya yang mengenakan niqab, sekali gus mencuri perhatian peminat.
Memuat naik penampilan manisnya itu di Instagram, pemilik nama Siti Adira Suhaimi itu tampil sopan mengenakan jubah yang dipadankan dengan niqab dalam rona nude pemberian rakan artis, Siti Sarah.
Malah isteri kepada pelawak dan usahawan, Shuib itu turut sama meninggalkan komen, memuji penampilan pelantun lagu Takdir Tercipta itu.
Menjengah ke ruangan komen, para peminat turut sama memuji melihat persalinan yang dipakai Adira selain mengakui akan kecantikan penyanyi berusia 30 tahun itu.
Malah tidak kurang yang memanjangkan Adira terbuka hati untuk kekal berpakaian sedemikian satu hari nanti.
Foto: Instagram Adira
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah S.W.T kerana memberikannya kesempatan untuk sekali lagi merasai nikmat dikurniakan cahaya mata.
Jelas Siti, dia juga berasa lega kerana segala urusannya saat melahirkan telah pun dipermudahkan.
Malah, bintang berusia 42 tahun ini turut mendedahkan dia dan anaknya kini berada dalam keadaan yang baik.
“Alhamdulillah…Allah melapangkan satu lagi nikmat dan peluang untuk saya merasai kehamilan, melahirkan dan kini ‘anakanda’ saya sudah lahir ke dunia.
“Alhamdulillah..proses melahirkan semalam baik dan lancar, saya dan bayi juga dalam keadaan baik,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Anta Permana itu menerusi entri terkini di laman Instagram.
Dikesempatan itu juga, Siti turut menitipkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan kesejahteraannya selama ini.
Katanya lagi, dia juga akan berehat buat sementara waktu bagi menjalani proses berpantang seperti biasa selain mahu memberi fokus yang lebih terhadap kesihatan bayinya itu.
“Terima kasih di atas doa semua pihak selama ini, saya yakin apa jua yang saya lalui ini adalah berkat daripada banyaknya doa kalian. Saya sangat bersyukur dan berterima kasih.
“Saya akan menjalani rutin berpantang seperti biasa, fokus kepada bayi dan mahu memastikan keadaan kami berdua akan terus sihat, dipermudahkan semuanya.
“Terima kasih sekali lagi di atas setiap doa yang telah dipanjatkan buat saya dan juga ucapan tahniah di atas kelahiran anak kedua saya,” katanya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut berkongsi rasa gembira selain turut mendoakan semoga Siti serta anaknya akan sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
Terdahulu, Siti dilaporkan telah selamat melahirkan cahaya mata keduanya itu pada 19 April di sebuah pusat perubatan di Selangor.
Untuk rekod, Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa telah pun melangsungkan perkahwinan mereka pada tanggal 21 Ogos 2006.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah pun dikurniakan cahaya mata pertama, Siti Aafiyah yang kini mencecah usia tiga tahun.
Sumber: Instagram CTDK
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!