“Semoga Apa Yang Diimpikan Dijumpai Dalam Perkahwinan…,” – Ini Ucapan Qi Razali Buat Bekas Kekasih, Nelydia Senrose

Share

Pelakon dan pengacara, Qi Razali mengucapkan selamat berbahagia buat bekas kekasihnya, Nelydia Senrose yang bakal mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihan, tidak lama lagi.

Qi juga bersyukur buat bintang berkenaan kerana dipertemukan dengan lelaki yang boleh membimbingnya.

“Alhamdulillah saya bahagia dia bertemu dengan seorang lelaki yang boleh membimbingnya dan dipertemukan dengan lelaki yang baik.

“Semoga awak berbahagia dan semoga semua yang diimpikan akan dijumpai dalam perkahwinan nanti,” katanya.

Pada masa sama, pelakon Anak Jantan ini turut mendoakan yang terbaik buat Nely. Qi ditemui media pada majlis pelancaran single baru Aina Abdul di Majapahit, Mont Kiara.

“Saya mendoakan yang terbaik untuk awak, tahniah. Semoga berbahagia hingga ke anak cucu,” akhiri Qi yang turut berdoa agar perkahwinan pelakon berkenaan dipermudahkan.

Qi yang juga anggota kumpulan OAG, pernah menjalinkan hubungan dengan Nelydia sebelum putus sekitar Ogos 2015.

Sementara Nelydia menjalin hubungan cinta dengan ahli perniagaan, Hafez dan dikatakan bakal berkahwin dalam tempoh terdekat.

Qi pula kini sedang bercinta dengan pengacara HLive! yang juga model, Nia Atasha Rosli.

IKLAN