Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan Tok Ti ada menitipkan ucapan bersempena ulang tahun kelahiran Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang ke-60.
Selain itu, penyanyi lagu Anta Permana ini menyifatkan sikap keperibadian Tunku Azizah sangat tinggi sekali gus amat disenangi masyarakat.
Malah, Tok Ti turut menjadikan sikap keperibadian Tunku Azizah sebagai satu inspirasi buat dirinya.
“Selamat menyambut Hari keputeraan( kelahiran )ke-60 buat Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Ads
“Tuanku Permaisuri Idola patik dalam mengharungi cabaran untuk bergelar seorang ibu. Keimanan,Kesabaran yang tinggi & usaha yang tidak kenal lelah Tuanku tunjukkan menjadi inspirasi patik untuk mencapai impian yang kini jadi kenyataan,” tulisnya.
Di samping itu, penyanyi berusia 41 tahun ini mendoakan agar Raja Permaisuri Agong dipanjang umur dan dilimpahkan rahmatNya.
Ads
“Semoga Allah Swt lanjutkan usia KDYMM Raja Permaisuri Agung yang disayangi seluruh rakyat jelata , limpahkan Rahmat didunia dan Akhirat. Aamiin ya Rabb.
“Bukan raja sebarang raja,
Taja hulubalang panglima berempat,
Bukan raja sebarang raja,
Raja penyayang,bijaksana dan berdaulat.,” tulisnya.
Sekadar informasi, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah diputerikan pada Hari Jumaat, 5 Ogos 1960.
Foto: Instagram Siti Nurhaliza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-28 baru-baru ini, pelakon Ruhainies sekali lagi diraikan dalam satu majlis kejutan yang dibuat teman rapat serta peminat setianya.
Bertemakan hijau putih, Ruhainies anggun mengenakan gaun senteng bawah lutut pada majlis yang dihadiri kira-kira 30 tetamu itu.
“Saya tak sangka mereka buat juga kejutan ini. Sebab awalnya, pengurus ada memberitahu saya ada perjumpaan dengan pihak klien, bagaimanapun bila sampai saya lihat wajah-wajah kesayangan yang sentiasa ada dengan saya di mana-mana.
“Jadi sudah boleh agak, rupanya ada majlis menyambut hari jadi saya. Alhamdulillah syukur kerana mereka sentiasa ada di sisi.
“Terima kasih juga buat semua rakan media yang sudi hadir,” katanya kepada MH.
Turut hadir meraikan majlis istimewa itu ialah kekasihnya, usahawan yang hanya dikenali sebagai Mr. E.
Mendoakan yang terbaik buat kekasih, Mr.E turut mengakui mereka bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi selepas kakak Ruhainies selamat berkahwin dengan tunangnya, Isa Khan.
Kami kongsikan foto kenangan yang dirakam sepanjang majlis berkenaan berlangsung.
“Ya Allah, seriously you guys really follow the way i dress?
“There’s no words for me to describe how I feel after reading all of ur comments.
“Thank you for all the wishes. Alhamdulillah. Let’s do this! Istiqomah sama-sama! Love you guys so much,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh ibu kepada lima orang cahaya mata itu menerusi akaun Instgram miliknya.
Ia susulan selepas sebuah syarikat jenama tudung memuat naik sebuah posting khas sempena sambutan hari kelahiran Faezah yang ke-38 tahun baru-baru ini.
Menurut pengendali akaun tersebut, Faezah telah menjadi pencetus semangat kepada para wanita di luar sana untuk berubah ke arah yang lebih baik.
Malah, mereka turut menyifatkan teladan yang telah ditunjukkan oleh Faezah menyebabkan orang ramai kini lebih berani untuk mengenakan tudung labuh.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen berterima kasih kepada Faezah selain turut menitipkan ucapan selamat hari lahir buat bintang tersebut.
Sumber: Faezah Elai
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Doktor selebriti yang kini bergelar pelakon, Dr. Say Shazril berkongsi satu khabar duka apabila memaklumkan bahawa kandungan isterinya mengalami keguguran.
Menurut Dr. Say, denyutan jantung anaknya itu sudah tidak kelihatan saat isterinya membuat imbasan sendiri terhadap kandungannya itu.
Lalu, dia dan isteri segara berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan kepastian.
“Innalillahiwainnailaihiroajiun Anak Syurgaku. Rabu minggu lepas bini saya merasakan sesuatu tak kena maka dia scan dirinya sendiri.
“Jantung baby tak kelihatan, baby tak bergerak. Dia call saya menangis saying dia tak nampak denyutan jantung bayi.
“Sepatutnya temu janji bersama pakar sakit puan kami hari ni tapi akibat risau kami cepatkan kepada Jumaat minggu lepas.
“Masa sedang discan pakar bertanya “ade pendarahan atau sakit perut tak?”, bini reply “tiada, rasa biase je”, pakar sambung “jantung baby tak kelihatan ni”. Bini akur, mother instinct & scannya sebelum ni terbukti tepat.
Khabar duka tersebut dikongsikan oleh pelakon drama Kebaya Kasut Kanvas itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Akui berasa amat sedih namun, Dr. Say menjelaskan bahawa dia dan isteri redha dengan ujian yang menimpa mereka ketika ini.
“Begitulah kisah kehilangan anak dalam kandungan kami. Kalau ikutkan masuk 12 minggu dah anak kami. Sedih? Semestinya.
“Parents mane tak sedih kehilangan anak walaupun anak tu hanya dalam kandungan. But it was a wonderful 12 weeks having u. Tiada alahan, tiada kesusahan.
“Akan tetapi kami redha. Pasti ada hikmah dengan kejadian ini. Walaupun kami tak tahu apa hikmahnya tapi kami pasti banyak perubahan hidup yang ingin kami lakukan.
“Mungkin kisah kami boleh dijadikan iktibar yang Anything Is Possible In This Life & It Could Happen To Anyone.
Dalam pada itu, Dr. Say turut menitipkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan dia dan isteri selama ini.
“Tak pernah langsung kami menjangkakan kami akan melalui kesedihan sebegini but maybe this is for the best.
“Mungkin ini petanda yang kami harus tumpukan perhatian kepada Ace dahulu. Dalam kesempatan ni saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi atas doa anda semua masa awal-awal saya buat post wife saya mengandung dulu.
“Mungkin kali ni bukan rezeki kami, InsyaAllah satu hari nanti maybe. Allah Is The Best Planner, walaupun mommy & daddy tak kenal raut wajahmu, tunggu mommy & daddy di akhirat kelak wahai anak syurgaku.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersedih selain turut menitipkan ucapan takziah buat Dr. Say dan isteri.
Sumber: Instagram Dr. Say
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga suami kepada aktres terkenal, Datin Seri Zizie Ezette dilaporkan meninggal dunia pada usia 66...