“Semoga Allah Permudahkan Perjalanan Ini,” – Usia Kandungan Hampir 5 Bulan, Hetty Sarlene Umum Bakal Timang Anak Lelaki!

Share

Tahniah diucapkan buat penyanyi, Hetty Sarlene yang dijangka bakal melahirkan anak sulung lelaki, tidak lama lagi.

Berita gembira itu dikongsikan penyanyi Sangsi Asmara asal Singapura ini menerusi hantaran terkini di Instagram yang turut dilampirkan foto dan video pendek.

“Its a boy!,” tulisnya ringkas sambil diselangi dengan beberapa tanda pagar.

Serentak dengan perkongsian tersebut, para peminat terus memberikan dedikasi seterusnya ucapan tahniah buat Hetty dan suami.

Terdahulu, Hetty mendirikan rumah tangga dengan Daniel atau nama Islamnya Dani Aaqil yang berasal dari London pada 23 Julai 2016.

Pasangan ini mengumumkan mengenai bakal menerima ahli keluarga baru bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka yang keempat, bulan lalu.

Foto: Instagram Hetty Sarlene

IKLAN