“Semoga Allah Lindung Kalian & Kurniakan Rezeki Melimpah…,” – Makin Matang Dari Usia, Vida Mahu Anak Segera Uruskan Empayar Bisnes

Share

Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida menzahirkan harapan serta impiannya sebagai seorang ibu kepada dua orang permata hati, Cik B dan Kacak.

Luah Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, dia mengharapkan agar dua anaknya segera mampu menerajui empayar perniagaannya yang diusahakan sejak bertahun lalu.

Malah, usahawan yang pernah muncul menerusi single, I Am Me itu menyifatkan Cik B dan Kacak sebagai seorang anak yang sangat hebat.

Vida turut mendoakan mereka membesar sebagai anak soleh, sentiasa berbakti kepada keluarga serta masyarakat.

“GOOD TRANSFORMATION DOAKAN CIK B @cikb_havoc66 @kacak_._. SEGERA BOLE TERAJUI EMPAYAR BUSNESS SAYA. Anak-anak mama yg hebat.

“Semoga Allah lindung kalian dan kurniakan rezeki melimpah-ruah, Jadi anak yang soleh dan berbakti kepada mama, keluarga dan masyarakat.

“Mama sayang Cik B dan kacak,” tulisnya menerusi satu hantaran di akaun Instagram.

Sekadar informasi, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin kini sudah menjangkau usia 16 tahun manakala Kacak atau nama sebenarnya Muhammad Eric Zaquan Mohd Amin, 14.

Foto: Instagram DSV

IKLAN