Selamat diijabkabulkan pada 23 Disember tahun lalu di Perth, Australia dan mengadakan majlis resepsi pada 19 September lalu, pelakon Raja Ilya dan suami, Trent Garrett kini menikmati percutian bulan madu di Langkawi.
Mahu mencipta memori bersama sebagai pasangan suami isteri, Ilya dan Trent masing-masing berkongsi foto mesra di Instagram.
Terdahulu, pasangan ini baru sahaja mengadakan majlis resepsi di Magica Grand Hall, Star Avenue, Lifestyles Mall, Subang, yang bertemakan perkahwinan Inggeris dan malam muzikal.
WHari ini genaplah ulang tahun kelahiran aktres jelita, Nur Fazura yang ke-36 tahun.
Gembira dengan kehadiran suami, Fattah Amin pada November 2017, Fazura bertuah kerana dikurniakan seorang suami yang memahami dan penyayang.
Dalam pada itu, Fattah turut menitip ucapan istimewa buat isteri tercinta dengan memuat naik video throwback dalam sebuah majlis yang melihatkan Fazura tampil manis berhijab dan berjubah.
“You make me smile for no reason,
your love is my treasure,
my love for you knows no season,
because I love you beyond measure.
“Happy birthday to my sweet, loving, caring wifey @missfazura semoga Allah sentiasa lindungi, rahmati, kurniakan kebahagian, kejayaan dunia dan akhirat. Amin ya rabbal alamin. I love you,” tulisnya.
Menepati ramalan ramai, Mira Filzah dijulang sebagai Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32, sebentar tadi.
Meraih undian tertinggi menerusi kategori yng telah dimenangi, pemilik nama lengkap Nur Amirah Filzah binti Badioezaman itu menepati ramalan ramai apabila mengetepikan calon akhir lainnya.
Acara kemuncak yang dipancarkan secara langsung menerusi TV3 dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu membolehkan bintang berusia26 tahun itu menerima trofi dan sebuah kereta Nissan X-Trail 2.0L Hybrid sumbangan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM).
Berikut merupakan senarai lengkap pemenang tahun ini, tahniah!
KATEGORI ONLINE
Artis Sensasi Popular – Haqiem Rusli
Gandingan Serasi Drama Popular – Pujaan Hati Kanda – (Remy Ishak & Mira Filzah)
Gandingan Serasi Filem Popular – Langsuir (Syafiq Kyle & Hannah Delisha)
Pelakon Watak Antagonis Popular – Shukri Yahaya
Lagu Paling Boom – Haqiem Rusli – (Selamat Tinggal Sayang)
Pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini memilih untuk menyerahkan kepada proses perundangan apabila namanya terpalit dengan kontroversi melibatkan tuntutan wang berjumlah RM1.3 juta oleh suami...