Sembilan Bulan Bergelar Isteri, Raja Ilya Hitung Hari Bakal Anjur Majlis Resepsi

Share

Mendirikan rumah tangga bersama ushawan kacak warga Australia, Garrett Trent pada 28 Disember lalu, pelakon cantik Raja Ilya kini sedang menghitung hari untuk meraikan status barunya itu bersama sahabat handai menerusi sebuah majlis resepsi.

Majlis yang bakal dilangsungkan di sebuah lokasi di Subang itu difahamkan bakal dihadiri ahli keluarga, sahabat handai serta rakan selebriti jemputan.

Menerusi entri terkininya di Instgaram, pelakon filem Papadom ini turut berkongsi sedutan video yang merakamkan dirinya mengenakan persalinan gaun pengantin nan menawan.

The count down begins with only 10 Days to go. Can’t wait to celebrate Our Love story with all of you,” tulisnya menerusi salah satu posting lalu memberikan kredit kepada ‘team’ terlibat.

Terdahulu, majlis akad nikah aktres berdarah kacukan Melayu, Arab dan India ini hanya dihadiri ahli keluarga terdekat dan diadakan di tanah tumpah suami.

Pasangan sama cantik sama padan itu mendirikan rumah tangga selepas enam tahun menjalinkan hubungan cinta.

Foto: Instagram Raja Ilya

IKLAN