“Semangat Anak Lelaki 3.59Kg,” – Syafiqah Aina Selamat Bersalin, Hafiz Mahamad Kongsi Nama Bayi

Share

Tahniah diucapkan buat usahawan dan pempengaruh, Hafiz Mahamad dan isterinya Syafiqah Aina yang telah pun selamat menyambut kelahiran anak kedua mereka, hari ini.

Berita gembira itu disampaikan pasangan berkenaan menerusi satu hantaran terkini di Instagram masing-masing sebentar tadi.

“Assalamualaikum Rayqal Arees. Semangat anak lelaki Daddy & Mummy (3.59Kg) @raisyaarisa nak tengok adik?

“Ya Allah, ramai sangat yg mendoakan. Terima Kasih

Awak sahabat sahabat saya,” tulis mereka pada ruangan kapsyen.

Perkara sama turut kongsikan Hafiz dan Aina menerusi Insta Stories.

Susulan perkongsian berkenaan, ramai yang tumpanh gembira dan menitipkan ucapan tahniah buat Hafiz seisi keluarga.

Untuk rekod, Hafiz dan Aina berkahwin pada 24 November 2017. Mereka turut dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Raisya Narisa.

Untuk berita hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

IKLAN