“Selesai Sudah Majlis Pernikahan Kakak Kesayangan Saya,” – Tok Ti Doa Yang Terbaik Buat Saida, Entri Foto Terbaru Disusuli Ucapan Tahniah

Share

Tahniah diucapkan buat penyanyi yang juga kakak kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza, Siti Saida Tarudin yang telah pun selamat bergelar isteri buat kali ketiga, semalam.

Difahamkan Saida, 44, memilih lelaki pilihannya yang dikenali sebagai Aizal dan majlis raja sehari mereka turut dihadiri insan rapat kedua belah pihak, sebagaimana yang dikongsikan tetamu yang hadir menerusi media sosial.

Malah pada entri terbaru yang dimuat naik Saida bersempena dengan ulang tahun anak lelakinya di Instagram, penyanyi lagu Sedalamnya Cinta ini turut menerima ucapan tahniah.

“Selamat pengantin baru kak, happy birthday anak,” tulis seorang peminat.

“Selamat pengantin baru,” komen ringkas peminat lainnya.

Sementara itu, Siti turut melayangkan dedikasi indah buat kakak dan pasangan.

“Alhamdulillah, selesai sudah majlis pernikahan kakak kesayangan saya Siti Norsaida Tarudin bersama pasangannya.

“Doa adikmu agar bahagia hingga ke Jannah. Terima kasih suamiku hadir bersama walaupun Subuh tadi dah keluar menyertai pertandingan kayuhan lasak MTB di Putrajaya. Love you darling,” tulis Siti di Instagram.

Penghibur itu turut berkongsi beberapa momen indah majlis resepsi mereka di Insta Stories.

Terdahulu, Saida sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan suami pertama, Mohd Ghazali Yahya Zikri pada 14 Disember 1996, namun berpisah pada 7 Oktober 2011.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Siti Nurunnyssa, Anas, Khalid dan Siti Nurul Mashitah.

Kemudian Saida berkahwin kali kedua pada 2016 bersama ahli perniagaan, Hafiizh Che Mat, 41. Namun, tidak dapat dipastikan perincian mengenai perpisahannya dengan suami kedua itu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Foto: Instagram Epie Temerloh, Saida, Siti Nurhaliza

IKLAN