“Selesai Sudah Majlis Bertandang Di Kota Bharu,” – Ameer Forteen

Share

Anggota kumpulan Forteen, Ameerais Azhar yang telah pun bergelar suami kepada wanita pilihannya, Siti Nurnaja’a Shamsul Kamar 1 Mac lalu telah pun melangsungkan majlis bertandang di Kota Bharu.

“Alhamdulillah selesai sudah Majlis Bertandang Di Kota Bharu. Terima kasih pada keluarga yang bertungkus lumus menyiapkan majlis ini.

“Tak lupa juga pada yang hadir dan mendokan kebahagiaan kami. Semoga Allah murahkan rezeki kalian. Amin,” tulisnya menerusi entri terkininya di Instagram.

Pada masa sama, penyanyi berkenaan turut memberikan ucapan penghargaan buat semua pihak terlibat sepanjang majlis berlangsung.

Pasangan ini terlebih dahulu bertunang dengan Siti Nurnaja’a, 24, pada 13 Oktober tahun lalu di Setapak, selepas lebih setahun berkenalan menerusi media sosial.

Foto: Instagram Ameerais

IKLAN