Pengacara, Ahmad Fedtri Yahya kini boleh menarik nafas lega apabila anak keduanya, Ahmad Wildan Arjuna selamat menjalani pembedahan pembuangan gigi rosak sebentar tadi.
Kongsinya, kanak-kanak berusia lima tahun itu mudah mengalami gusi berdarah dan bengkak.
Difahamkan, sebanyak lapan batang gigi Arjuna terpaksa dibuang akibat terlalu hitam yang boleh mengakibatkan jangkitan.
Penyanyi Santesh berjaya menggamatkan suasana di Auditorium MBSA pada Ahad di saingan Big Stage 2019 minggu kedua apabila membuat persembahan lagu Balqis, nyanyian asal Datuk Seri Nurhaliza yang juga merupakan juri tetap kepada program realiti berkenaan.
Membuat persembahan dengan penuh tenaga, Santesh mendapat kedudukan antara lima tertinggi pada akhir saingan.
“Kalau bagus saya cakap bagus, kalau tak bagus saya akan bagitahu apa sebabnya. Akan tetapi persembahan Santesh ni bukan saya nak bias, memang terbukti bagus!
“Untuk pengetahuan peserta yang lain, kalau ikutkan penjurian vokal mempunyai 70 peratus dan kreativiti 30 peratus. Sebab itulah kita jangan hanya bergantung pada vokal sahaja. Kreativiti juga diambil kira dan saya ingin puji dengan apa usaha yang Santesh sudah lakukan pada malam ini, inilah tahap persembahan yang kami mahukan,” puji Siti sejurus Santesh selepas membuat persembahan.
Pada masa sama, penyanyi lagu Anta Permana ini juga tidak menafikan penyanyi berketurunan India itu mempunyai kelebihan dari segi lenggok nyanyuan.
“Satu persembahan yang menghiburkan. Nyanyiannya juga kelebihan di situ dan Santesh ada kelebihan dari segi lenggok dan bagi saya Santesh bawakan lagi ini dengan cara tersendiri.
“Jadi saya puji, suka dengan persembahan ini. Saya nak Santesh terus konsisten, berikan yang lebih baik minggu depan,” komen Siti sekali gus mendapat reaksi dari juri jemputan yang juga penyanyi dan guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat.
“Pada saya Santesh punya persembahan yang sangat matang, selesa di atas pentas dan tak takut untuk berkomunikasi dengan audiens. Keep it up, nampaknya markah awak agak tinggi dari saya,” kata Syafinaz.
Menerusi ruangan komen di Instagram Astro Gempak, rata-rata penonton terhibur dan memberikan komen positif terhadap persembahannya.
Sementara itu, tiga perserta lainnya iaitu Sheryl, Aziz dan Chaleeda berada di kedudukan tiga terbawah dan nyata markah undian tidak menyebelahi Sheryl sekali gus menyebabkan dirinya tersingkir.
Big Stage 2019 bersiaran secara langsung setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Berkongsi sedutan temu bual Mingguan Wanita yang bersiaran siang tadi, pelakon Betty Benafe menyifatkan perceraian adalah perlu sekiranya itu jalan terbaik buat pasangan untuk muhasabah diri.
Tambahnya lagi, tiada guna kekal dalam perkahwinan sekiranya memudaratkan diri.
“Perceraian adalah perkara yang Allah murka. Bergegar pintu Arash… Betul! Tapi jika perkahwinan itu memudaratkan kita, dan segala usaha untuk memperbetulkan dan menyelamatkan rumahtangga sudah di jalankan, sudah mendapat rawatan, nasihat dari pihak psychology, ustaz, therapist, pon gagal.
“Maka jawapannya talak satu lah jalan terbaik, untuk kedua pasangan bermuhasabah diri.. Still boleh “Raj,I” iaitu rujuk bila bila masa,” jelasnya.
Namun kata ibu kepada dua anak ini, andai masih ada sisa kesabaran dan tabah melayari pancaroba rumah tangga, pasti dijanjikan ganjaran syurga.
“Tapi kalau anda masih kuat bersabar sampai akhir hayat maka janji Tuhan SYURGA buatmu. Moga masalah kita tidak terkesan kepada pembesaran anak anak kita.
“Faktor pesersekitaran rumah dan sekeliling untuk diri anak anak dan diri kita sangat penting dalam psychology pemikiran kita.
“Pemikiran kita akan membentuk tindakan kita sama da positif atau negatif.
“Mengenali corak pemikiran pasangan atau orang sekeliling sangat penting agar dapat kita faham pemikiran mereka dan cara berhubung dengan mereka secara effective. Dalam business juga sama.
“Saya juga belajar mengenali cara saya berfikir serta cara anak anak saya berfikir dengan kaedah “colored brain ” teknik. Tak caya tanya @fizoomar. Dia dah buat walaupun tak khatam kaedah pembelajaran. It was great ya fizo.
“Jangankan pasangan, even tempat kerja, teman teman sekeliling dan lain lain bidang sangat memerlukan kaedah ini.
“Terutama bidang perniagaan sangat penting ada ilmu ini. Yang mana S.E.X.Y module yang sesuai untuk online digital marketing business, kursus memahami diri, memahami angkatan angkatan pekerja syarikat, dan meningkatkan sales business dalam sekelip mata. Layari 👇 Www.ellezadaacademy.com,” tulisnya panjang lebar.
Melihat ketabahan ibu tunggal ini, netizen menyatakan kekaguman.
Betty dan Bruce Dargus mendirikan rumah tangga pada 8 Disember 2012 dan bercerai 10 Julai lalu. Mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Julia Claire Dargus, 6, dan Bruce Dean Dargus, 4.
Foto : Instagram Betty Benafe
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Reen Rahim, berkongsi rasa dan pendapatnya terhadap trend drama masa kini yang didakwa banyak mengetengahkan jalan cerita yang seakan merendahkan martabat wanita.