Selepas Undur Diri Dari MeleTop, Neelofa Mahu Fokus Bina Nama Di Indonesia Pula

Share

Usahawan dan hos, Neelofa mendedahkan tahun 2020 bukanlah masa terbaik buat ya untuk berehat. Sebaliknya, figura yang satu ini lebih selesa untuk memberi ruang untuk lebih terbuka dan mencabar diri.

Pada masa sama, Neelofa juga sudah merancang untuk kembangkan kerjaya seninya ke Indonesia selain mahu keluar dari zon selesa.

“Bukan tahun untuk saya berehat lagi, sebab  banyak benda baru yang saya ingin cuba. Hal berkaitan dengan bisnes, kerjaya dan insyaAllah akan banyak berada di Indonesia.

“Jadi tidak boleh untuk jangka bagaimana, tetapi kalau sesiapa yang mengenali saya akan redah dan cabar diri. Saya gemar untuk tekankan diri untuk keluar dari zon selesa dan mencuba perkara baru,” katanya kepada MH.

Diusik dengan pertanyaan sama ada dia tanam impian untuk berada dalam senarai 10 individu terkaya di negara, Neelofa ada jawpannya sendiri;

“Wow… tak adalah kalau nak masuk dalam senarai 10 terkaya ke. Tak pernah terfikir pun.

”Cuma saya selalu berdoa apabila berkerja keras, tetapi bila sudah sampai tahap yang mana diri sudah boleh rasa puas dan cukup dengan kejayaan dan rezeki.

“Sebolehnya, saya tidak mahu seperti ‘keep on kejar’ akan tetapi tiada titik nokhtah, bagi tiada pengakhiran.

”Saya cuba nak letak ‘cut of point’ di mana bila selesai dengan ‘chapter’ ini dan saya seterusnya akan buat perkara lain. Akan ada masanya, InsyaAllah,” jelas Lofa optmis.

Awal Disember lalu, Neelofa mengumumkan mengundur diri selepas tujuh tahun mengendalikan program hiburan, MeleTop di samping rakan hos, Nabil Ahmad.

Keputusan tersebut diambil kerana mahu fokus kepada perancangan lain dalam kerjayanya.

Foto: Instagram Neelofa

IKLAN