Selepas Tiga Hari Dilahirkan, PU Amin Umum Nama Anak, Fatimah Zahra Inspirasi Daripada…

Share

Penceramah bebas, Pencetus Ummah (PU) Amin telah selamat menimang cahaya mata ketiga pada Isnin lalu.

Lantas, Amin telah berkongsi nama anak perempuannya itu di Instagramnya sebentar tadi. 

“Puteri ke 3 kami.. Saya namakan Fatimah Zahra..

Malah, Amin turut berkongsi sebab pengambilan nama Fatimah Zahra.

“Mengambil berkat dari nama puteri Baginda Nabi Muhammad Saw . Salam perkenalan buat semua dari Fatimah Zahra .

“Terima kasih atas doa kalian semua . Semoga kebaikan yang sama diberikan kepada kalian . Terima kasih duhai isteri yang melahirkan..

“Terima kasih Ya Allah atas nikmat rezeki ini,” tulis Amin. 

Dalam pada itu, Amin turut menitip nasihat buat Fatimah.

“Wahai Puteri, jaga diri mu dengan syariat . Bekal kan diri mu dengan akhlak dan adab . Hidupkan rasa malu dalam diri . Kita makan minum membesar bernafas semua Allah yang bagi . Maka jangan sesekali lawan Allah . Jangan sesekali kecewakan Rasulullah . Kamu mulia kerana menjaga maruah,” tulisnya lagi. 

Amin dan isterinya telah berkahwin pada 2012 dan kini dikurniakan tiga orang puteri.

Malah, ketiga-tiga mereka lahir pada bulan yang sama (April).

“Aisyah Sofea 7 April 2014
Abdullah Umar 9 April 2016
Fatimah Zahra 22 April 2019,” akhiri Amin..

Foto : Instagram PU Amin

ends ~

IKLAN