Impian pelakon Hafiz Nafiah untuk berada di kerusi pengarah akhirnya jadi kenyataan apabila tampil dengan filem genre komedi berjudul Mat Kola selepas hampir 20 tahun menanti.
Hafiz atau nama sebenar, Mohd Hafiz Mohd Nafiah berkata, filem Mat Kola terbitan AA Success Pictures Sdn Bhd itu cukup bermakna kerana sudah lama menanti peluang mengarah filem pertama.
“Saya bersyukur diberi peluang dan kepercayaan mengarah filem Mat Kola daripada penerbit, Azman Ahmad. Kami sudah kenal sejak 20 tahun lalu.
“Azman mencadangkan nama saya sebagai pengarah kepada Penerbit Eksekutif, Mahamad Pozi Mansor atau Abang Chot.
“Idea asal filem Mat Kola adalah dari Azman, tetapi penulis skripnya adalah Pijon yang memang sudah biasa menulis cerita dialek utara (Kedah),” katanya.
Ditanya kenapa mengambil masa yang lama untuk mengarah, kata Hafiz, dia mahu menimba ilmu dalam dunia belakang tabir produksi sebelum bersedia di kerusi pengarahan.
“Berbekalkan pengalaman luas sedia ada, barulah saya bersedia untuk menggalas kerusi pengarah. Saya percaya tidak semua orang akan dapat peluang keemasan itu.
“Saya juga sudah lama sedia untuk mengarah drama, tetapi tawaran yang datang adalah projek filem dulu.
“Saya harap filem Mat Kola akan menjadi titik permulaan untuk membuktikan kerjaya saya sebagai pengarah,” katanya.
Ads
Bercerita pembabitan awalnya dalam bidang seni, kata Hafiz, dia mula memasuki bidang seni sebagai penyanyi nasyid ketika masih menuntut di tingkatan empat.
“Selepas tamat persekolahan, saya mula bekerja dengan kumpulan nasyid popular Rabbani selama dua tahun.
“Ketika Rabbani bernaung di bawah KRU, saya juga sertai sebagai pegawai perhubungan awam kepada Kumpulan Phyne Ballerz.
“Selepas itu, saya mula pergi uji bakat di Metrowealth (MIG) dan dapat tawaran watak ekstra dalam filem Kuliah Cinta arahan pengarah, Prof Madya Datuk A Razak Mohaideen pada 2004,” katanya.
Bermula dari situ, kata Hafiz, dia ditawarkan bekerja sebagai kru belakang tabir milik produksi A Razak.
“Saya bermula sebagai ‘runner’, pembantu produksi, ‘handyman’, pengurus produksi dan konti termasuklah terbabit dalam kumpulan teknikal dalam pelbagai jawatan sehinggalah diberi peluang menjadi penolong pengarah.
Ads
“Saya dapat memegang jawatan penolong pengarah dalam filem A Razak. Antaranya, filem lakonan Datuk Aznil Nawawi dan Nasha Aziz,” kata pelakon filem Dunia Baru The Movie itu yang sudah hampir 20 tahun berkecimpung dalam dunia lakonan itu.
Selaku penerbit penyelaras, pengarah dan lakon layar filem Mat Kola, kata Hafiz, nama Mat Kola dipilih kerana filem ini menceritakan tiga anak jati Kuala Kedah iaitu Mat Ki (Usop Mentor), Mat Yon (Azman Ahmad) dan Mat Not (Taiyuddin Bakar).
“Penggambaran filem membabitkan kos mencecah RM1 juta ini berlangsung pada Oktober 2021 dalam tempoh hampir tiga minggu.
“Filem ini mengambil masa selama dua tahun untuk ditayangkan kerana banyak kekangan seperti proses suntingan, bahagian teknikal dan sebagainya,” katanya.
Berkongsi jalan cerita pula, kata Hafiz, dia mahu menghasilkan filem yang mudah difahami dan menghiburkan penonton.
“Jalan cerita filem ini santai mengenai kisah peniaga burger dan semoga ia boleh menaikkan semangat mereka untuk terus berniaga. Itu adalah plot utama dan dibantu sub plot lain.
Ads
“Saya akui bukan mudah untuk mengarah genre komedi kerana saya juga baca skrip berulang kali dan merombaknya banyak kali sebelum saya imaginasikan dan beri penerangan pada pelakon,” katanya.
Filem ini menampilkan barisan pelakon seperti Rozita Che Wan (Che Som) Ropie (Pak Sheikh), Putri Hanan (Maliah), Fendi London (Bang Lah), Mohd Hafeezul Yop (Joe Klipop), Abang Gee (Abang Gee), Zainon Ismail (Bang Non), Suhaili Che Rus (Zali),Cikgu Akop (Pak Hashim) dan Pak Abang (Badrul).
“Rata-rata pelakon dari Kedah dan mereka tiada masalah untuk dialek utara serta semuanya kelakar,” katanya.
Ditanya cabaran ketika penggambaran pula, kata Hafiz, dia berdepan dengan keadaan cuaca yang tidak menentu di Kedah di mana hujan turun dari pagi hingga petang.
“Baru nak ‘shoot’ hujan turun dengan lebatnya hingga kami terpaksa tukar ‘screen play’. Contohnya, terpaksa tukar babak Che Som pakai payung untuk disesuaikan dengan keadaan cuaca ketika itu.
“Bagaimanapun, Tuhan permudahkan sepanjang penggambaran filem ini. Selain mengarah, saya juga sebagai Penerbit Penyelaras dan buat sehabis baik untuk mengawal bajet sedia ada,” katanya.
Mat Kola bakal ditayangkan di 65 pawagam seluruh tanah air bermula 21 September ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selidik punya selidik, rupa-rupanya MH baru tahu yang KFC telah pun melancarkan merchandise baharu lagi. Tak boleh jadi ni. Mana boleh terlepas untuk kali kedua.
Dua merchandise tersebut merupakan hasil kerjasama dengan kartunis terkenal, Ujang dan jenama streetwear terkemuka negara, Pestle & Mortar Clothing (PMC). Cool Gila kan…
Kolaborasi gempak ini diberi nama KFCxUjangxPMC. Ketiga-tiga jenama ini sememangnya dekat di hati seluruh rakyat Malaysia.
KFCxUjangxPMC kini hadir dengan dua merchandise eksklusif iaitu Topi Dua Gaya Kepci dan Pin Enamel Zink Bersalut Emas 24K.
Jika sebelum ini barangan eksklusif Aku Budak KFC hanya boleh didapati buat mereka yang hadir ke acara Kentucky Town di Sunway Pyramid, namun, kali ini, KFC mendengar permintaan anda.
KFCxUjangxPMC bakal dilancarkan di restoran KFC di seluruh negara. Jadi, kali ini, anda tidak perlu risau lagi.
Untuk pengetahuan anda, Topi Dua Gaya Kepci bakal dijual pada harga RM29.90 manakala Pin Enamel Zink Bersalut Emas 24K pula berharga RM15.
Sementara stok masih ada, jom ramai-ramai serbu restoran KFC berhampiran anda untuk mendapatkan items eksklusif KFCxUjangxPMC. Jangan lepaskan peluang ini okay. Nanti sedih lagi. Good luck.
Untuk sebarang maklumat lanjut, anda boleh sahaja pergi ke KFC App Malaysia.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ramai tidak menyangka bahawa pelakon berdarah kacukan Melayu Filipina, Datin Seri Maria Farida Atienza lebih mesra disapa dengan nama pentas Maria Farida kini sudahpun beusia 54 tahun.
Sehubungan itu, dek kerana mempunyai tubuh badan serta kejeliiaan persis dara yang dimilikinya, ibu seorang anak ini terpaksa berdepan pelbagai persoalan seperti, apa rahsia? Bagaimana kekal awet muda?
Malah, video Maria Farida bersama usahawan, Dato Seri Vida atau nama sebenarnya Hasmiza binti Othman, 51, pernah tular di aplikasi TikTok hingga penampilan Maria Farida yang tidak terlihat dimamah usia menjadi sorotan dan bualan warganet.
Kebanyakkan warganet memberikan kata-kata positif mengenai rupa-paras Maria Farida yang anggun dan masih jelita itu di ruang komen. Malah, ada yang terpegun dan tertanya-tanya ‘rahsia’ kejelitaan aktress ini.
Kejelitaan Maria Farida Sama Seperti Yang Dikongsikan Di Laman Sosial! – Jurusolek
Malah, menerusi satu tangkap layar dari Astro Gempak, seorang jurusolek mendedahkan pernah berkerjasama bersama Maria Farida. Menurut individu itu, memang jelas kulit dan rupa Datin Maria memang seperti yang di kongsinya dalam laman media sosial.
“Saya pernah makeup Datin Maria Farida di rumahnya. 2 tahun lepas. Kulit dia memang cantik tiada satu pun garisan tua…cekang orang kata,
“Dan kulit dia tak perlu pakai foundation. Bila pakai foundation nampak sikit kering even yang liquid. Jadi datin maria memang tak suka pakai foundation pun,
“Tapi body kulit semua macam anak dara…memang segaklah orang kata…kalah kita yang muda.” ujarnya di ruangan komen.
Maria Farida Tak Buat Rawatan Estetik Kerana Takut Jarum
Datin Maria Farida juga pernah di soal dan di kata membuat rawatan di spa dan sebagainya untuk mengekalkan kecantikan rupa parasnya.
Tetapi, dia lebih mempercayai cara semula jadi untuk menjaga badannya. Maria mengakui hampir setiap hari, dia berdepan dakwaan dan kecaman di media sosial.
“Saya hadap perkara ini. Asyik tanya klinik mana? Suntik apa? Pada tahap ini, saya tak tahu, nak marah atau anggap itu sebagai pujian.
“Hakikatnya, saya tak buat apa-apa. Percaya atau tidak? Terpulang. Saya takut jarum dan kesakitan.
“Pada saya, kecantikan yang dianugerahkan mungkin ada kaitan dengan genetik saya. Dan mungkin saya sentiasa gembira dan selalu positif,” katanya.
Aktres dan usahawan, Rozita Che Wan rasa bingung dan kecewa apabila akaun Instagram (IG) rasminya yang menggunakan akaun @rozitachewan1 digantung atas alasan kononnya melakukan aktiviti agresif selain tidak mengikuti garis panduan komuniti ditetapkan sejak 15 September lalu.
Susulan itu, ibu kepada tiga cahaya mata itu turut menerima emel daripada pihak IG untuk mengambil tindakan segera termasuk melakukan rayuan jika tidak mahu kehilangan akaun berkenaan.
Rozita atau mesra disapa Che Ta menjelaskan, dia diberi tempoh masa hingga 13 Mac 2024 untuk melakukan rayuan.
“Sejak akaun digantung, saya sudah melakukan banyak kali rayuan. Namun belum berhasil.
“Malah saya juga sudah beberapa kali menghubungi pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk meminta pertolongan. Tapi kecewa tak pernah berangkat,” katanya.
Kata Che Ta yang bakal muncul dengan filem Mat Kola arahan Hafiz Nafiah akui dia buntu mengenangkan nasib dan ujian yang hadir.
“Selama ini dengan IG jugalah saya menjana pendapatan dan beroleh rezeki menjual produk keluaran sendiri, by RCW. Saya juga melakukan ulasan promosi produk di platform sama.
“Tapi sudah jadi begini, siapa yang tak sedih. Kini buat sementera waktu, saya guna platform media sosial lain seperti TikTok,” katanya lagi.
Bagaimanapun Che Ta tidak putus harap berdoa semoga dapat kembali memiliki akaun IG berkenaan.
“Tak mampu bayangkan jika akaun IG itu ‘lesap’ begitu saja. Sehingga kini IG saya sudah mempunyai 5.2 juta pengikut.
“Dari kerendahan hati dan diri, saya berharap akaun IG itu akan saya perolehi semula.
“Kalau ada pihak yang boleh membantu saya mendapatkan semula akaun IG itu, saya amat hargai. Mungkin mereka boleh hubungi kawan saya atau menghantar mesej langsung ke akaun IG anak, suami atau teman rapat saya,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...